Pages

Wednesday, August 31, 2011

Tetamu Jauh

Salam Aidilfitri,

Hari ni aku menerima kunjungan tetamu jauh, dari Johor. Cik Pizah nama dia. Dia datang ngan suami ngan anak dia. Apa yang aku nak cerita ialah tentang kasih sayang walaupon tanpa ikatan persaudaraan.

Anak Cik Pizah ni, ada 4 orang. Aku nak cerita pasal anak ketiga dia, Ikmal namanya. Tapi kami sekeluarga panggil dia Mamal. Mamal ni mak aku ngasuh start dari dia baru lahir sampai la umur 6 taun. Start dia masuk sekolah, mak aku dah tak ngasuh dah tapi lepas balik sekolah dia mesti datang umah aku sampai petang. Sekarang umur dia dah 10 taun. Lepas tu ngasuh adik dia lak sampai la dorang transfer g Johor.

Walaupon bukan sedara mara ke apa, Mamal ni tetap ingat kat mak ngan abah aku sampai sekarang. Dia pon panggil mak ngan abah aku sama macam yang kitaorang dok panggil. Kalu Cik Pizah balik sini, confirm dia akan tidur umah aku macam hari ni

Sebelum datang beraya tadi, dia dah pack siap2 barang dia tanpa pengetahuan mama dia. Masa mama dia nak balik, Mamal tak nak balik .Dia cakap nak tidur umah aku. Mama dia cakap camna nak tidur baju apa suma tak bawak. Rupa-rupanya dia packing awal2 g. Tu la, anak orang len pon tau hargai kasih sayang walaupun bukan darah daging sendiri. Kagum aku dengan dia. Nasib dia kecik lagi.Kalu tak aku tempah siap2 buat calon suami.Hehe.Bukan untuk aku tapi Tobok la.

Tuesday, August 30, 2011

Pusara Di Lebuh Raya

Salam Aidilfitri,

Camna hari raya hari nih? Aku dok saja kat umah. Plan nak g beraya umah tok aku tetiba perut meragam. Tapi sebenarnya aku tak sanggup lagi nak g umah arwah tok wan aku. Nanti banjir lak kat sana. Makcik2 aku ada datang petang tadi. Geram ngan si kembar aleeya ngan Sara tuh.

Masa suma g umah tok aku tadi, aku layan tv sorang-sorang.Bukak Tv3, ada cita 'Pusara Di Lebuh Raya'. Citanya dekat sangat dengan kehidupan kita. Selalunya time raya camni kita banyak dengar kemalangan maut yang melibatkan bas sampai ramai yang terbunuh. Tapi Alhamdulillah taun ni tak macam taun-taun lepas.

Cita ni mengisahkan suami Lisdawati ni seorang pemandu bas. Kehidupan depa ni daif sampaikan si suami sanggup kerja siang malam bawak bas nak cari duit. Pada suatu hari bas tu terjatuh dalam gaung. Si suami dah meninggal sebenarnya tapi dia sendiri tak sedar. Si suami pulang ke rumah. Hanya isteri dia yang dapat nampak roh suami. Sampai la pengakhiran cita ni si isteri juga mati dilanggar depan balai polis di saat si suami hendak menyerah diri kerana menyebabkan kemalangan maut tersebut. Memang sedih.

Tapi cita malam semalam aku tengok lagi sedih. Tajuk dia 'Di Pintu Barzakh' Mengisahkan kehidupan seorang lelaki tapi jiwa dia perempuan. Dia lari dari umah dan buat pembedahan untuk tukar jantina. Tapi dia sering berperang dengan diri dia sendiri. Sampai satu ketika, dia nak ke luar negara untuk kawen dengan lelaki. Tapi tak sempat sebab eksiden. Bakal suami dia cedera tapi dia meninggal. Kesian kat mak bapak dia dilema camna nak uruskan jenazah sama ada sebagai seorang lelaki atau pun perempuan.

Hmm, kesimpulannya bila kita nak buat sesuatu kita kena fikir masak-masak baik buruknya.

Sunday, August 28, 2011

Duit Raya untuk Ucuk

Salam,

Sempena Syawal yang bakal menjelang 2-3 hari lagi ni, aku dah peruntukkan duit raya untuk mak abah ngan adik aku. Tapi aku terlupa duit raya untuk sesuatu yang aku sayang gak, my Ucuk.

Sedar tak sedar dah dekat setaun aku bersama ucuk.Segala pahit manis kami harungi bersama. Harung banjir, hujan panas semua aku dengan dia. Dia tak pernah meragam setakat ni. Kalu rajin aku mandikan dia sendiri, baru lah bertambah erat kasih sayang kami.Kalu malas aku wakilkan orang len untuk memandikan dia dengan bayaran RM 10 sekali mandi.

Demi menyediakan duit raya untuk Ucuk gak, aku sanggup tak beli baju raya, kasut raya, tudung raya. Semuanya aku korbankan untuk Ucuk.Aku harap segala pengorbanan aku ni berbaloi.

Tapi nape la dekat-dekat raya baru roadtax Ucuk ni nak mati. Nape tak masa aku kat Penang dulu ke. Time tu banyak la gak duit dengan elaun lagi. Skang ni aku dah pokai. Tapi tak pe demi mu ucuk aku rela.

my ensem ucuk




Selamat Hari Raya

Salam...

Dah lama tak bersiaran.Dah dekat raya tapi aku tak beli lagi baju raya.Mood nak raya tu takdak taun ni.Mungkin sebab kehilangan seseorang. Abah ajak balik raya kat Johor memandangkan taun ni tak dak sapa kat Perlis.Kak aku pon balik raya umah mentua dia. Tokwan aku pon dah tak dak. Tapi aku tak bapa suka balik Johor.

Sekarang ni company aku dah start bagi cuti hari sabtu.Mungkin bagi orang lain, benda nih biasa ja. Tapi bagi aku satu rahmat coz dapat la aku tido and rest puas-puas. Jumaat ritu kena tukar workplace. Jenuh kena angkut komputer suma. Si chibi punya cadangan la.Menyampah aku ngan dia. Baru je masuk dah start tunjuk power. Tapi yang best aku dah tak perlu duduk sebelah Hiroo Aoki..Hehe..and lagi satu keja aku sekarang ni suma dah transfer g kat orang len..Lega aku.Tapi aku tak tau pasni keja apa lak yang menanti.Tu nanti lepas raya baru pk. Aku cuti sampai 4 hb September. Lama gak la.

Semalam aku wat kuih apam mekar. Yang kalerful tuh. Sebab masa aku beli cam tak puas nak makan. So adik aku cari resepi and kami pon try wat semalam. Nasib jadi tapi terlebih-lebih lak.

Lastly aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam. Maafkan segala kesalahan dan kesilapan aku sama ada sedar atau tak. Jemput datang raya kat umah.

Sunday, August 21, 2011

Bila itik berselipar


Jom kita tengok bila itik dah mula pakai selipar.. Lepas ni turn ayam lak


Ce teka ni gaya apa?

Aku tak tau gaya apa nih

Panda bear yang cute

Kucing kot

Lebah@Bee

kartun kucing hitam

Ulat bulu naik daun

Mr crab spongebob







Hari ni orang CIMB sangat baik

Salam.

Semalam aka Jumaat aku g bank untuk withdraw cash untuk petty cash.Aku g ngan Akihiro Iizuka( GM Finance) or panggilan manja dia Chibi. Masa sampai tu masyaallah ramainya makhluk Allah ni. Penuh bank tu sampai ada yang duduk atas lantai.

Aku pon g ambik nombor giliran. Time tu baru nombor 1114. Nombor aku 1186. Gila la nak tunggu dah tak boleh duduk. Then aku pon bediri la sambil sembang ngan Chibi. Dia tanya nape ramai orang sangat. Aku kata la dorang nak ambik duit pencen ngan nak tukar duit baru untuk raya nanti. Tapi kenapa eh nak raya kena tukar duit baru?

Tunggu punya tunggu, ada satu tempat kosong. Aku suh Chibi dok tapi dia suh aku yang duduk sebab dia kata aku puasa. So bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pon terus la duduk.Lam 15 minit camtu, tetiba Manager CIMB pi kat Chibi tanya nak berurusan apa. Terus Manager tu cakap nape tak go straight kat kaunter. Tak payah amik nombor sebab SRM important customer.

Ceh yang selama ni aku datang bebudak front kaunter pandang pon macam tak nak layan je nape. Manager tu bawak g bilik dia and suh anak buah dia cash out kan cek tu. Sambil-sambil tu sembang ngan dia. Dia kata SRM company pertama yang kira duit manually walaupun dah dikira ngan mesin. Nape? Aku pon tak tau sebab abah yang suh wat camtu. Aku kira je la.Kalu withdraw RM 50K, banyak tu la kena kira.

After dah setel urusan, manager tu siap bagi sampul duit raya lagi. Chibi kata dia ada dapat sampul duit dr Bank of Tokyo. Nanti dia bagi kat aku.Dia bukan nak guna pon sampul tuh. Masa kami nak keluar dari bank tu, nombor giliran baru 1143. Bayangkan bapa lama lagi nak tunggu kalu manager tu tak kuar td.

Balik ofis aku agihkan sampul tu kat ofismate.Banyak sangat. Tapi sampul Chibi bagi aku tak agihkan sebab cantik. Kesimpulannya aku sangat bernasib baik hari Jumaat yang indah ni.

Tuesday, August 16, 2011

Perlis Jem?

Salam,

Tadi balik ofis hati ni teringin nak pi bazar ramadan. Ajak la adik ipaq teman. Adik ipaq aku ni satu ofis ngan aku.Kira junior aku. Dia dok panggil aku kak ipaq sebab dok gosip aku ngan abang dia.

On the way nak sampai dah..lagi tiga ela camtu jem teruk gila..Dalam hati dok pk mesti ada accident. Menyesal lak nak pi bazar. Tapi tak leh patah balik. Follow je keta depan. Rasa nervous gak kot nampak mayat terbaring ke darah ke. Dalam 15 minit stuck dalam jem tu. Dah dekat nak sampai Istana Arau, nampak ada dua biji khemah kiri kanan jalan.

Masa tu gak mak aku kol suh beli lauk sebab air takdak kat umah .Tak sempat masak.Mak aku kata depan istana ada orang bagi bubur lambuk. Syoknya dapat bubur lambuk.Tak penah merasa lagi makan bubur lambuk sepanjang puasa nih. Aku pon dah start turunkan cermin keta bila dah dekat istana tu. Dok tunggu gak kot-kot ada petugas nak tahan keta dan bagi bubur lambuk tu. Tapi hampeh.Lagi kena suh gerak ngan polis trafik ada la.

Kesimpulannya, jangan meletak harapan yang terlalu tinggi pada sesuatu. Bersederhanalah dalam apa jua keadaan.Noktah

Monday, August 15, 2011

No title

Salam

Something happen yang membuatkan aku membatalkan terus hasrat aku ke KL walaupun semua sudah disiapkan. Noktah.

Pagi tadi aku terlewat g keja.Bangun 7.30.Tak sempat mandi.Hanya gosok gigi dan basuh muka. Tak senonoh betul. Punch card 7.56 am. Lagi 4 minit office hour.Nasib abah takdak.Kalu tak kena dengar tazkirah dia pagi-pagi. Masa lunch break balik umah mandi.Baru rasa segar. Camna la ada sesetengah 'ORANG' yang tak mandi pagi leh tahan sampai ke petang??

Kebelakangan nih kerap dihujani soalan pasal cinta. Aku tak bersedia lagi dan bagi aku cinta tak boleh dipaksa.Bila aku kata 'TIDAK' maksudnya 'TIDAK'. Jangan dipaksa.

Thursday, August 11, 2011

Andai ini takdirnya

Salam,

Aku dah mengisi surat penolakan tawaran kerja seperti yang aku penah stori sebelum ni. Ada sedikit kecewa namun aku pasrah.Pagi tadi aku dapat kol dari company tersebut, meminta aku menghadiri taklimat dan yang paling menggembirakan ialah aku boleh melapor diri selepas hari raya. Jika sebelum ni aku dikehendaki melapor pada 15 Ogos, dah ditunda ke 8 September. Alhamdulillah. Mungkin ini memang rezeki untuk aku.

Surat perletakan jawatan masih belum sempat disediakan. Namun aku puas hati kerana tidak meninggalkan bebanan kerja kepada rakan sekerja. Abah sekarang berada di Jepun dan akan pulang 2 minggu lagi. Ntah macam mana reaksi dia nanti.

Aku harap semoga keputusan ini yang terbaik untuk aku. Mak abah dah memberi restu dan ini menguatkan lagi semangat aku. Insyaallah aku akan cuba sebaik mungkin. Doakan aku berjaya mencapai cita-cita. Mungkin sukar pada permulaannya namun aku pasti ada sinar di kemudian hari. Bak kata pepatah

"Semakin lama rindu dipendam, semakin manis bila dibalas"

p/s: cam tak dak kena mengena pon.anyway credit to oshin for this pepatah

Sunday, August 7, 2011

I'm Sorry..I don't know malay culture

Salam,

Benda ni dah lama gak jadi..tapi aku nak stori gak.. Masa tu aku baru resume keja lepas cuti g interview.Pagi tu sampai ofis memang berlambak dokumen atas meja. Masa briefing pagi, dapat berita ayah ofismate aku meninggal.Kira dia baik ngan aku.Aku pon kenal dia.Kawan kak aku sebenarnya. Ingat nak pi mengunjung.

Aku pon mintak permission dari abah nak g mengunjung.Aku cakap nak keluar kejap je. Dia g jumpa Minato ngan Inoue nak tanya pasal ni. Dorang ni ingat kalu orang meninggal kita g melawat seharian. Dorang dok tunggu Baan nak tanya macammana, tapi time tu Baan takda.Dari kul 9 pagi aku tunggu keputusan nak bagi pi ke tak sampai la kul 1230 , still tak dapat jawapan.

Ofismate lain yang pi bergilir-gilir pun dah balik. Time tu aku agak kecewa sket la ngan sedih. Orang len senang je dapat g, tapi aku kena tunggu punya lama sampai jenazah dah siap dikebumi pon aku tak dapat g gak. Lepas Baan masuk ofis, dorang g tanya Baan. Baan kata dah siap dikebumi. Abah datang kat aku. Dia mintak maaf. Time tu memang aku rasa geram gila ngan sedih. Dok tahan je air mata dari tumpah. Abah mintak maaf and dia cakap dia tak tau budaya melayu camna. masa tu memang aku tak pandang muka dia langsung. Mesti dia tau aku marah dia.

Beberapa hari pastu ada meeting. Ada staff baru masuk so abah tukar tempat duduk certain staff tapi workplace aku still tempat yang sama sebelah dia. Aku tanya leh tak aku tukar g tempat len , dia cakap 'Why,you hate me?'

Saturday, August 6, 2011

Final Countdown

Malam tadi lepas bebuka,aku borak ngan mak abah aku

Mak: Camna dah buat keputusan?

Aku: Mak bagi orang pi ke dak?

Mak: Mak taknak halang.Ikut mana yang rasa baik.

Aku: Abah lak?

Abah: Hmm, ikut tini la.

Aku: Mesti taknak bagi orang pi kan. Ala orang tau la. Orang nak pi gak (Saja nak perangat)

Abah diam tak kata pape.Tengok riak muka kecewa.Maafkan anakmu ni kalu mengguris perasaanmu. I've made my decision and I hope this is the best for me.

"Keredhaan Allah swt adalah dari keredhaan ibu bapa"

Friday, August 5, 2011

Dilema

Salam,

Pagi semalam dapat kol dari sebuah company.Aku ditawarkan bekerja kat sana sambil sambung ACCA or CIMA. Fully sponsored by them. Company tu kat KL. Kena report duty 15 Ogos ni. Time tu eksited la sebab sapa nak bagi kan leh keja sambil belajar free2 gitu je.Balik umah inform mak abah. Aku expect mesti dorang happy but sebaliknya.

Abah: Nak g ke?

Aku: Mesti la nak.Bukan senang dapat peluang camni

Mak: Nanti kat sana camna...nak dok mana...Makan camna...

Aku: Macam tak bagi orang pi je

Abah : Ikut keputusan sendiri.Pk masak-masak. Nanti pasni sapa nak hidupkan lesen kalu mati, sapa nak bayarkan installment keta.

Masa abah cakap tu aku nampak air mata dia bergenang. Sungguh aku tak expect tu reaksi dorang,.Hati aku yang eksaited terus rasa berat hati.Memang dorang tak cakap direct tapi dari gaya memang berat nak lepaskan aku pi. Even aku dah umur 24 taon, dah boleh berdikari, tapi still dilayan macam anak belasan taun. Aku terharu. Skang ni aku dilema

Teruskan cita-cita tapi mungkin ni akan mengguris perasaan mak abah aku or stay kat sini.Mungkin ada yang lebih baik menanti aku lepas ni




Marah Bukan Kebencian Tapi Tanda Sayang

Layan lagu ni.So touching