Pages

Sunday, September 25, 2011

Miscellaneous Posts

Salam...
Lama dah aku tak bukak blog nih..tak dak masa ngan laptop aku rosak sebab Tobok pijak sampai nak terbelah dua..nak beli yang lain memang tinggal harapan la...

Hari tu aku ada sedikit masalah dengan abah. Bukan abah kandung aku tapi abah kat opis sampai aku blah balik terus dan tinggal macam tu ja keja.Huhu. Tak sangka aku leh wat camtu. Selepas beberapa hari, aku ada meeting dengan dia. Berdua ja. Dia cita pengalaman dia semua. Baru aku tau background dia macam mana. Quite impressive.Contract dia kat sini dah nak habis ujung November ni dan dia akan balik Jepun taun depan. Jadi ada portion kerja dia nak hand over kat aku.Aku tak yakin leh wat kerja tu sebab pengalaman aku baru je setahun nak compare dengan kerja dia tu. Plus aku ni pekerja cikai ja. Dia bagi aku satu buku motivasi untuk berjaya. Buku tu dalam BI and dia tunjuk buku yang sama dalam bahasa Jepun. Kira meeting tu cam sesi meluah perasaan gak la.

Hari lahir tobok 20 September ritu. Sama ngan besday bro( pakwe sumie ke kawan..hehe)..Tobok gitau mak dia dah jemput kawan dia suma datang rumah kul 5 ptg and cakap nak jamu kek ngan pizza. Mak wat tak tau ja ingatkan dia main-main. Dalam kul 2 camtu Tobok tanya mak aku nape tak masak lagi nanti kawan dia nak mai. Mak pon kelam kabut la pi Cmart cari barang ngan kek. Bertuah punya budak nak wat party ikut suka ja. Memang betul pon kawan dia mai kul 5 . Kalu mak aku tak caya cakap dia, budak-budak mai takda benda la nak makan.

Last nak cita pasal ACCA. Aku terbuat suggestion kat management pasal ACCA ni. Pastu Baan suh aku cari info U mana yang provide ACCA ni. Aku search googl payah nak dapat info yang aku nak.Tak tau la aku ke yang salah cari atau keyword tak btul. Sesapa tau tak mana U yang offer untuk sambung ACCA nih?

Monday, September 5, 2011

Lemau longleh

Salam,

Hari pertama di ofis selepas bercuti selama seminggu. Hari ni kena datang awal sebab aku nak tukar rate dalam system. Kan dah masuk bulan September. Kena datang awal sebelum orang len mulakan tugas.

Otak lemau lama sangat cuti sampai kena tengok balik nota lama. Pas briefing pagi, ada meeting Dept Finance. Ada major changes in job assignment. Mostly 90% of my jobs assignment have been transfered to someone else. Lega aku. Tapi aku dapat new job asssignment. Aku kena wat kerja yang selama ni Hiroo Aoki dok wat. Tak tau nak start dari mana. Aku tak suka la kerja nak kena pk out of the box ni. Sebab tu aku tak menjebakkan diri dalam audit..Huhu

Dah la.Nak layan Keimanan Cinta.

Sunday, September 4, 2011

Blog aku dalam proses make over

Salam,

Takleh tido pagi nih so aku pon godek-godek la blog aku nih.Nak cat kaler baru. Setelah dibelek-belek, aku decide nak guna kaler koko.Ada certain application aku tak tau camna nak adjust. Cam 'UNDEFINED' bawah tajuk tuh. Aku dah cuba nak hilangkan tapi tak leh. Agak degil dia seperti jerawat aku. Lagi satu takde dah button nak sign out ke, new post ke. Rasa macam dok menulis diary lak. Lawa tak kaler baru nih? Tak lawa? Tak pe aku tak kisah janji mata aku kata lawa. Tak semua hati orang kita leh puaskan kan? Jadi buat apa yang kita rasa betul. Ish pagi-pagi lagi dah nak cari gaduh dengan orang.

Esok sarapan aku teringin nak makan kuih jawa. Sedap tapi mak aku tak wat2 kan lagi. Dah lama aku request kuih ni. Bagi yang tak tau kuih jawa ni camna, cari dalam google. Aku malas nak upload sebab tenet cam siput sedut.


Bapa jam je lagi

Salam tengah pagi,

Aku tak leh tido.Lagi beberapa jam je nak masuk ofis.No more tido petang-petang. Takde dah nak bangun lewat-lewat. Tak boleh dah nak layan cita Korea comel sebelum tengah hari.Prepare mental dan fizikal untuk peak period after this.

Aku terbaca paper pasai seorang jurukamera yang terkorban semasa wat liputan untuk Misi 1Malaysia kat Somalia. Takziah untuk keluarga arwah. Dijangka jenazah tiba esok. Aku ada gak tengok berita kat Tv. Masa Le Tour De Langkawi kot, arwah penah ditugaskan untuk buat liputan melalui udara.Tapi masa tu tempat arwah digantikan dengan orang len dan helikopter yang membawa kawan arwah tu terhempas dan kawan arwah meninggal. Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah swt. Kita takkan tau sebelum sampai masanya. Al fatihah untuk semua yang telah pergi.