Pages

Wednesday, March 30, 2011

Banjir...

Salam..
Rasanya baru bulan 11 ritu banjir..teringat-ingat lagi aku masa tu dok kat Penang office..disebabkan banjir dapat cuti..and co send ke perlis..tapi on the way kat Kedah dah tak leh lalu..just kenderaan tinggi je boleh..ada 2 option masa tu..nak nek bus ke or nak patah balik Penang..Haruslah nak balik umah sendiri..kitaorang pon tahan bus tengah jalan..dah la pemandu dia kurang ajar..sabar je la..tu pon dia bagi nek separuh jalan..bukan tak bayar..dah bayar..tpi tu la perangai teruk...

Start this week..balik petang-petang ja mesti ujan..tak expect pon akan banjir..pagi tadi g keja cam besa..ujan still turun..then dah heboh banjir..management g meeting and kami diberi option either nak amik half day or nak keja sampai petang..and esok dapat cuti.....mak dah kol suh balik sebab air makin naik..so aku pon apply half day...

Otw balik..dah nampak papan tanda 'BANJIR DI HADAPAN'...Dah la aku tak tau jalan alternatif len..nasib baik aku balik follow keta collegue aku..husband dia mai ambik..dorang ambik jalan berlawanan arus..aku pon ikut je la..dalam hati takut sangat..habis la ucuk men banjir..dah nak dekat sampai umah..jalan depan sekolah memang air tinggi..men redah je...ni la first time drive dalam banjir..Gambar tak sempat nak ambik sebab aku kena fokus..silap sikit habis..

Monday, March 28, 2011

Berperang ngan Lipas

Tadi balik ujan sangat lebat sampai basah kuyup even pakai payung...sangat lebat sampai tak nampak jalan..bawak pelan-pelan..sampai umah ingat nak mandi tetiba nampak sekor lipas...cari Ridsect..spray kat lipas tu...tetiba kaum kerabat dia suma kuar dari celah kayu tepi bilik air..OMG...sangat banyak..ada dalam 20 ekor camtu....Spray pon tak jalan..geli tengok banyak sangat...

Teringat kenangan masa dok umah sewa dulu..musim lipas kot time tu..sedap-sedap kitarang tido..terasa ada benda merayap...Fiza ambik tindakan bukak lampu..malam tu memang berperang sakan ngan lipas..men pijak-pijak je sebab dah banyak sangat...

Sunday, March 27, 2011

Tobok sakit tengkuk..

Heran bin ajaib..budak kecik pon leh sakit tengkuk gak..gara-gara salah bantal..cam lawak je..
tobok wif tok kino..
kat kedai lampu...
sudahnya suh orang urut tengkuk dia..macam orang tua ja..

Mentor..

Salam semua..
Tengah layan Mentor sementara tunggu Trilogi Cinta...Persembahan Salma ngan Ayish...Cantik ja Salma nih..sapa kata tak cantik..Nas ahmad saja ja wat propa..bakat dia sangat hebat...compared ngan proteje len..bagi aku dia the best..

Thursday, March 24, 2011

Atok..

Disebabkan rakan sekerja aku telah bercuti untuk seminggu..aku kena take over kerja dia..jadi bidan terjun jap..tadi nak g cash out cek RM 20K untuk petty cash kat bank..kena g ngan abah..atok pon ikut jugak sebab dia nak setelkan pasal gaji..otw atok borak-borak ngan abah..aku diam je coz aku tak paham la bahasa dorang..tetiba atok tanya pasal besday celebration ari ni..sapa yang organize etc..aku pon sembang la ngan dia..tanya about his family..kan Jepun dilanda Tsunami..Luckily family dia ok just bekalan elektrik je terputus...Dah sampai bank..nak lintas jalan atok cam suh ikut dia melintas..caring sungguh..siap suh beware ngan jalan licin..punya la lama nak cash out duit..dah dapat duit yang koyak-koyak..pastu kena kira sendiri lak..abah tak percaya kat bank..nasib kira if tak memang tak sedar la dapat duit koyak...

Ni atok..botol tu bukan arak tapi black pepper..

Time lunch..Ada birthday party celebration untuk staffs lahir bulan Mac termasuk abah..So Inoue, Minato, Matsuzaki,bangcik n abah pon join sekali..menu nasi tomato,daging masak itam, ayam masak merah ngan acar..sampai 2x tambah dorang..tak sangka dorang suka masakan Melayu.. Pastu atok nak try minum sirap..dia amik sket lu..tak sampai suku cawan...minum pastu dia cakap "sweet but not too sweet"..pastu dia buh sampai penuh cawan...baru dia tau..selama ni dok minum kopi tanpa gula ...Best dapat atok cum boss camtu..caring and prihatin...

Wednesday, March 23, 2011

Kisah Cawan...

Sepasang datuk dan nenek memasuki sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang penah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum.

Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajarannya:

Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa dugaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai, anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di kemudian hari dan hari pembalasan(akhirat).

Monday, March 21, 2011

Kawan Tobok...

Tobok ada kawan baru..kawan yang tak boleh dilihat dengan mata kasar..Mengikut kata seorang ustaz...Tobok didampingi oleh anak Jin...huhu..seram..patutla dia suka cakap sorang-sorang...Masa mandi ritu..dia mandi sorang-sorang..tetiba dia jerit suh someone diam..padahal takde sapa pon masa tu...Misteri Nusantara tol..aku yang penakut ni terus nak jauhkan diri dari tobok..tak tau la sejauh mana kebenaran kata-kata ustaz tersebut...Mungkin anak jin tu dari kalangan yang baik kot...kalu rupa dia menakutkan..confirm tobok dah nangis..alang dengan lipas pon takut...

Gerek....

Salam...
Dah lama tak menulis..ada masa tapi rasa malas sangat nak taip..kan senang kalu apa yang terlintas di fikiran leh terus tertulis dalam blog...tadi masa nak balik..ternampak gerek..or bahasa baku nya basikal..basikal macam orang dulu-dulu...kaler putih..siap ada Plat MD( stand for Managing Director)..Memang kuat sangat budaya Jepun kat cni..sampai Big Boss pon naik basikal kalu nak round kawasan..yang peliknya siap ada plat number..kena register before bawak basikal...since tempat parking jauh..ramai yag bawak basikal from car park untuk ke ofis..yang MD bawak basikal tu nape..padahal drebar dia antar sampai depan pintu ofis g..aku pon terpk nak beli gerek satu...

Tadi Nasrul call...borak-borak..dia tanya bila nak turun KL...tak tau la bila aku leh sampai KL lagi..kalu turun pon..tujuan aku ke umah Fith la..skang masing-masing sibuk..payah nak cari masa leh gathering... Plus ramai dah yang nak mengakhiri zaman bujang...lagi la susah nak jumpa...

Sunday, March 13, 2011

Walimatul urus...

Semalam cuti..so aku dapat attend wedding kawan aku..kawan since secondary school..sungguh tak sangka..perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa...langsung tak penah berjumpa..hanya tengok melalui gambar..bercakap telefon ngan berdating lagi la..even mesej pon tak pernah..ada juga rupanya keadaan gini..semalam pon masing-masing malu-malu..nak tangkap gambar pon kekok..nak letak tangan atas bahu pon sampai kena paksa..heheehe..jumpa gak kawan sekolah menengah dulu..
apapon selamat berbahagia buat Amal Munirah & Mahadi...

Tsunami di Jepun...

Balik kerja semalam..tengok berita...dasyat sungguh tsunami kat jepun..terfikir camna agaknya family abah ,atok and tokwan kat sana..tak dapat pape berita lagi..isnin ni cuti lagi..hopefully dorang tak de pape...sebelum balik kerja dok email-email ngan orang kat jepun ok lagik..hope kawasan tu tak kena tsunami...