Pages

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Sedar tak sedar dah sebulan kita berpuasa. Esok umat Islam akan meraikan kedatangan syawal. Tahun ni sama jugak macam tahun lepas. Takde mood nak beraya. Kalu tahun lepas aku kehilangan tok wan, tahun ni plak aku kehilangan nyaie Selasa lepas. Bila dengar takbir raya rasa sayu sangat.

Bila dengar lagu 'MENANTI DI BARZAKH' nyanyian Fareast rasa insaf sangat. Selalu aku terfikir macammana keadaan seseorang tu selepas kematiaannya. Dapatkah dia melihat keluarga yang ditinggalkan, macam-macam lagi la.

Sempena hari raya ni aku nak meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan yang aku lakukan sama ada sedar atau tidak.Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jom hayati lagu ni

Ku Merintih, Aku Menangis, 
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,

Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, 
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya, 

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu, 
Seusai Talkin Penanda Syahdu, 

Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu, 
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian, 
Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan, 
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2 

Kembali Oh Kembali, 
Kembalilah Kedalam Diri, 
Sendirian Sendiri, 
Sendiri Bertemankan Sepi, 
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku, 
Terbujur Dan Kaku, 
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu, 

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , 
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu, 
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, 
Tiada Siapa Yang Terkecuali, 

Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati, 
Cukup sekali 
Tak sanggup Untuk ku Mengulangi, 

Jantung Berdenyut Kencang, 
Menantikan Malaikat Datang, 
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan, 
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
 Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Friday, August 17, 2012

Kepulangan yang dinanti

Salam, 

" Moga Allah swt permudahkan perjalanan ini' doaku dalam hati. Tak penah aku bawak selaju dan tak senonoh macam tu. Sumanya demi abah supaya abah dapat menatap wajah terakhir arwah nya'e ( panggilan nenek sebelah abah) 

Hari selasa lepas selesai berbuka, kami dikejutkan dengan panggilan dari wak razak (pakcik aku) yang nyae dah meninggal.Aku tengok muka abah memang terkejut sangat sampai tak terkata apa. Malam tu jugak aku sekeluarga bertolak pulang. Banyak kali jugak abah berenti di hentian. Ngantuk katanya tapi bila aku dan adik aku meminta untuk bergilir bawak,abah tak benarkan. Aku tau sebenarnya tu hanya alasan sebab abah tak leh fokus dah memikirkan kehilangan di saat hari raya akan menjelma beberapa hari saja lagi. 

Pagi tu dapat panggilan yang jenazah akan dikebumikan dalam pukul sepuluh.Masa tu abah dah pecut laju. Malangya tersilap masuk jalan dan terpaksa mengharungi jalan jem di KL. Dalam hati aku harap sangat supaya sempat sampai. Sampaila satu ketika bila abah dah tak boleh bawak keta lagi sebab ingat dah tak sempat sampai. Aku ambik alih drive.Double line suma aku tak hiraukan sebab aku tak nak apa yg jadi 6 taun lepas kat abah berulang lagi. 

Masa tu arwah yayi ( panggilan atok sebelah abah ) meninggal. Masa balik tu jenazah dah dikebumikan. Dalam banyak-banyak anak arwah seramai lapan orang yang kesemuanya lelaki,abah aku sorang je yang duduk paling jauh. Masa kat Tangkak,dapat panggilan lagi yang jenazah sedang dimandikan. Akhirnya dapat sampai kampung. Time tu jenazah sedang disembahyangkan di surau depan umah. 

Abah terus meluru pegi surau. Lepas jenazah disembahyangkan,kami suma ikut g tanah perkuburan. Kat sana,kain kapan dibuka bagi memberi peluang buat kami menatap wajah arwah buat kali terakhir. Walau hanya jasad kaku yang kami tatap,aku bersyukur sekurangnya abah berpeluang berjumpa arwah. 

Sejuk masa aku cium dahi dan pipi arwah. Sampai sekarang aku masih tak percaya yang nyae dah pergi. Kehilangan secara tiba-tiba..Kali terakhir aku jumpa arwah semasa hayatnya pada majlis perkahwinan kak aku taun lepas. Masa tu nyae tanya bila nak balik kampung sebab dah lama kami tak balik kampung. 

Rancangnya bulan sepuluh taun ni nak balik sana. Tapi apakan daya. Kita hanya mampu merancang tapi Allah swt jua sebaik-baik perancangan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. 
Al fatihah.
 ARWAH NYAE

Taun lepas hilang tokwan,taun ni hilang nyae. Aku dah takdak atok dan nenek. Hilang suasana nak raya.