Pages

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Sedar tak sedar dah sebulan kita berpuasa. Esok umat Islam akan meraikan kedatangan syawal. Tahun ni sama jugak macam tahun lepas. Takde mood nak beraya. Kalu tahun lepas aku kehilangan tok wan, tahun ni plak aku kehilangan nyaie Selasa lepas. Bila dengar takbir raya rasa sayu sangat.

Bila dengar lagu 'MENANTI DI BARZAKH' nyanyian Fareast rasa insaf sangat. Selalu aku terfikir macammana keadaan seseorang tu selepas kematiaannya. Dapatkah dia melihat keluarga yang ditinggalkan, macam-macam lagi la.

Sempena hari raya ni aku nak meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan yang aku lakukan sama ada sedar atau tidak.Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jom hayati lagu ni

Ku Merintih, Aku Menangis, 
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,

Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, 
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya, 

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu, 
Seusai Talkin Penanda Syahdu, 

Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu, 
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian, 
Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan, 
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2 

Kembali Oh Kembali, 
Kembalilah Kedalam Diri, 
Sendirian Sendiri, 
Sendiri Bertemankan Sepi, 
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku, 
Terbujur Dan Kaku, 
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu, 

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , 
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu, 
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, 
Tiada Siapa Yang Terkecuali, 

Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati, 
Cukup sekali 
Tak sanggup Untuk ku Mengulangi, 

Jantung Berdenyut Kencang, 
Menantikan Malaikat Datang, 
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan, 
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
 Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


No comments:

Post a Comment