Pages

Thursday, December 15, 2011

Sekelip Mata

Salam,

Semalam komen kat FB:

A: Sayang awak
B: Sayang awak jugak

Hari ni:
A: Ya Allah, tabahkan hati aku mengharungi dugaan ini.

B telah kembali ke rahmatullah kerana eksiden.Langgar lari.Aku tak dapat bayangkan kalu benda ni jadi kat aku. Orang yang kita sayang tak kira la sesapa pon. Baru semalam kita bergurau senda, sms,cakap telefon.Hari ni terpaksa berpisah selamanya. Namun siapa kita nak melawan ketentuan takdir. Redha dan lepaskan dia pergi kerana kita juga akan menyusul nanti.

Al fatihah. Moga A tabah menghadapi dugaan ini.

Monday, December 5, 2011

Hospital

Salam,

820 malam
Aku baru balik dari hopital. Bukan aku yang sakit tapi adik lelaki aku.

Semalam;
Adik aku (Amir) muntah-muntah. Ingatkan gastrik. Mak aku sapu ubat kat dia.Makan pon tak lalu. Hanya terbaring atas tilam.

Pagi tadi;
Masa aku nak g keja pagi tadi, aku tak nampak mak abah aku ngan tobok. Ingatkan dorang g pasar borong

11 pagi;
Aku terima kol dari mak aku cakap amir kena tahan kat wad sebab apendix. Malam ni nak operate. Aku terkejut tak tau apa-apa

440 ptg;
Mak kol lagi ajak aku g hospital lepas balik keja.

540 ptg;
Aku bergegas balik. Biarla penjajah tu nak kata aku balik awal pon.Aku tak peduli. Sampai umah tukar baju terus g hospital. Sampai hospital tengok amir tengah tidur. Doktor suh puasa sebab nak operate, tapi tak operate2 lagi.Sedih gak rasa tapi aku tahan perasaan.Aku selalu gaduh dengan dia sebab dia degil. Betul la kata pepatah 'Air dicincang takkan putus'

Ada pesakit bilik sebelah.Kecik lagi budak tu. Kesian dia.Mak ngan adik dia umur berapa bulan tah meninggal dalam kemalangan kat Padang Besar. Dia ngan ayah dia terselamat. Tapi cedera teruk gak budak tu.Kesian dok menangis sakit. Apa la yang dia tau umur macam tu. Rasa insaf.

Tak suka keadaan ngan bau kat hospital. Boleh tambahkan lagi kesakitan orang yang sakit.
Semoga Amir cepat sembuh. Doakan dia ye.