Pages

Sunday, May 20, 2012

Aku tak mintak banyak

Dalam hidup ni,semua orang nak rasa bahagia dan definisi bahagia tu berbeza bagi tiap orang. Ada yang rasa bahagia sebab banyak duit,dapat beli apa yang diidamkan. Ada yang bahagia sebab punyai keluarga yang sentiasa menyokong. Ada yang bahagia sebab dapat pasangan yang boleh terima kekurangan dan kelebihan dan saling melengkapi. 

Bagi aku,definisi bahagia tu cukupla sekadar hidup besederhana,ada keluarga dan kawan2 yang supportive. Dalam erti cinta plak,aku tak tetapkan pasangan aku tu mestilah kaya ke, hensem ke, keja engineer ke. Apa yang aku harap si dia tu mampu buat aku rasa dihargai, terima keluarga aku, terima kekurangan aku seadanya dan ikhlas dan jujur dalam sesebuah perhubungan. 

Kalaulah ditakdirkan si dia ketemu someone yang lebih baik dari aku, yang boleh bahagiakan dia,aku sanggup lepaskan sebab aku percaya pada jodoh. Mungkin dia bukan jodoh aku. Sejujurnya aku dah penat untuk memberi perasaan kasih pada insan bergelar kekasih. Mungkin pengalaman lepas mengajar aku lebih berhati hati sebelum sekeping hati ini diserahkan pada empunya yang selayaknya. 

Mode: Jiwang

Hidup ini terlalu singkat

Salam, 

Tengah pagi sabtu dalam pukul 4 pagi,aku dikejutkan dengan pemergian makcik aku kat Johor. Baru je beberapa hari lepas dapat berita beliau nazak. Malam jumaat aku hantar mak ngan tobok g stesen bus sebab nak balik kampung tengok arwah. Arwah adalah isteri kepada abang abah aku. 

Abah tak dapat balik sebab ada kursus polis bantuan dua bulan kat Langkawi. Jadinya mak aku la wakilkan. Excited la tobok dapat nek bus,dia taktau lagi leh patah pinggang sebelum sampai segamat tuh ( hiperbola tuh ). Ingatkan sempatla mak tengok arwah tapi perancangan Allah sebaiknya. 

Kali terakhir aku jumpa arwah masa beliau datang perlis untuk kenduri kawen kak aku. Masa tu dapat tau beliau ada breast cancer tapi beliau taknak g spital,nak guna cara kampung. Ajal maut di tangan Allah swt.Semoga beliau tenang di sana. Al fatihah untuk arwah. Ps: Dapat berita paman Dan ( adik abah aku) ada kat Icu sebab saluran jantung tersumbat. Sama2 kita doakan beliau cepat sembuh