Pages

Sunday, May 20, 2012

Hidup ini terlalu singkat

Salam, 

Tengah pagi sabtu dalam pukul 4 pagi,aku dikejutkan dengan pemergian makcik aku kat Johor. Baru je beberapa hari lepas dapat berita beliau nazak. Malam jumaat aku hantar mak ngan tobok g stesen bus sebab nak balik kampung tengok arwah. Arwah adalah isteri kepada abang abah aku. 

Abah tak dapat balik sebab ada kursus polis bantuan dua bulan kat Langkawi. Jadinya mak aku la wakilkan. Excited la tobok dapat nek bus,dia taktau lagi leh patah pinggang sebelum sampai segamat tuh ( hiperbola tuh ). Ingatkan sempatla mak tengok arwah tapi perancangan Allah sebaiknya. 

Kali terakhir aku jumpa arwah masa beliau datang perlis untuk kenduri kawen kak aku. Masa tu dapat tau beliau ada breast cancer tapi beliau taknak g spital,nak guna cara kampung. Ajal maut di tangan Allah swt.Semoga beliau tenang di sana. Al fatihah untuk arwah. Ps: Dapat berita paman Dan ( adik abah aku) ada kat Icu sebab saluran jantung tersumbat. Sama2 kita doakan beliau cepat sembuh

No comments:

Post a Comment