Pages

Friday, June 24, 2011

Kena cari balik buku math lama-lama..kena mantapkan skill kira mengira...

Monday, June 20, 2011

Tragedi Hari Bapa

Salam,

Semalam semua orang sambut hari bapa atau abah, ayah,bapak,walid,baba,daddy,papa dan sebagainya. Hari ni pagi-pagi aku ke ofis dah nampak satu eksiden. Masa tu mayat masih ada lagi kat atas jalan cuma ditutup dengan surat khabar. Nampak 2 biji motor atas jalan raya. Sampai kat ofis, dapat tau yang meninggal tu rupanya staff kat ofis aku.Dia kena langgar masa nak hantar anak dia pergi sekolah pagi tadi.Bayangkan kemalangan tu sekitar kul 630 pagi tapi kul 730 mayat masih terbaring lagi di jalanan.Anaknya pulak cedera.Mesti bila dah sedar anak dia dah tentu tentu tak dapat tengok ayah dia.Mesti akan jadi kenangan sampai bila-bila peristiwa tu. Sedih tengok dan dengar cerita.Muka mangsa cedera dan gigi bertabur atas jalan. Management pagi-pagi lagi dah pergi melawat sambil derma RM 1,000 sebagai ihsan tapi wang tersebut tak mungkin sama nilainya dengan orang yang telah pergi. Takdak gantinya ayah kita.

Masa balik melalui jalan tersebut sayu ja. Dekat sangat tempat kejadian dengan ofis aku. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman dan semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ni. Aku dah penah rasa kehilangan jadi walaupun yang meninggal ni bukan rapat sangat ngan aku, tapi aku dapat rasa camna perasaan kaum keluarga dia tatkala menerima berita pemergian arwah secara tiba-tiba.

Al fatihah

Sunday, June 19, 2011

Si Kembar: Sara dan Aleeya

Sara Aleesha

Kena dera sapu sampah.Kanan Sara kiri Aleeya

Nama pon kembar suma nak wat sesama



Melekat kat mak dia.Tak nak kat orang.Kalu nak cium pipi dorang akan kata
'Jangan kacau saya'


Doa Tobok

Semalam tetiba tobok sebut Allahuakbar tiga kali pastu dia cakap;

"Ya Allah, bagilah tini tak pukul orang lagi"

Kitaorang yang dengar semua terkejut. Dah la doa nama aku. Memang aku selalu cubit dia sebab nakal sangat.Tak sangka dia nak cakap camtu

Thursday, June 16, 2011

Kawen

Belah lelaki.tetiba rasa macam aku ada 3 beradik ja
pelamin umah aku
On the way g umah pengantin lelaki
sekali lagi hanya 3 beradik ja.mana lagi 2?
Dalam keta dok balut bunga telur.Alkisahnya abah dah beli sarung bunga telur tu..tapi terlalu 'berseni' corak dia. Nak tukar kedai dah tutup.Terpaksa cari yang baru masa nak g umah belah lelaki pastu kena la balut dalam keta

Banyak lagi gambar tapi aku malas nak upload. Balik dari umah pengantin lelaki tu la arwah tok wan aku meninggal. Dah selesai kenduri baru dia 'pergi'.  Kalu dia 'pergi' masa kenduri aku tak tau la apa nak jadi masa tu. Ada hikmah disebalik semua kejadian.

Al fatihah

Saturday, June 11, 2011

Kan Best Kalau

 dapat makan coklat nih

tambah-tambah kalu ada orang yang kasi
macam ni
ataupon ni.
Ditambah dengan kesegaran air nyok ni
atau pon teh tiga lapis yang mahal ni


Air Pasang Pagi dan Satu labah-labah

masa aku kecik-kecik

Thursday, June 9, 2011

Rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Sayu

Sayu je rasa pagi-pagi nak pergi ofis, lalu tanah perkuburan..balik pon sama.Time hujan lagi kuat ingatan terhadap arwah. Lepas ni tak de la sapa nak bagi duit raya RM 1 ke RM 2 ke. Walau pon dah besar tetap dapat. Kalu pagi raya masing-masing berebut nak salam dulu sebab tok wan akan menangis masa orang salam dia. Kalu g antar makanan dapat upah duit. Damailah tok wan kat sana. Yang pasti kami semua akan menyusul cuma masanya belum tentu lagi. Al fatihah.

Wednesday, June 8, 2011

Tak leh fokus. Teringat-ingat semalam.Ternampak-nampak jenazah dikapan dan dikebumi. Redhakan lah hati aku ya Allah

Tuesday, June 7, 2011

Al Fatihah

Salam
Sebenarnya aku nak update cerita perkahwinan kak aku.Tapi aku postpone dulu. Aku tak nak terlupa detik hari ni.Detik paling sedih dalam hidup aku.

Semalam sampai dari Grik dalam kul 9 malam lebih. Disebabkan penat, aku terus tido. Dalam kul 1 camtu mak aku kejut suh tengok kan Tobok sebab mak aku nak g kampung tengok tok wan aku. Paksu aku tepon cakap tok wan aku sakit kuat. Dalam hati dah rasa tak sedap hati. Tetiba tobok terjaga pastu cari mak aku sampai nangis teresak-esak. Jenuh aku nak pujuk.

Dalam kul 4 pagi camtu, mak aku kol inform tok wan aku dah meninggal. Masa tu mak aku kat hospital. Doktor sahkah tok wan aku kena serangan jantung ngan paru-paru berair. Sebelum ni tok wan aku memang dah lumpuh dan tak boleh becakap.Terkilan sangat sebab dah lama aku tak pergi jumpa dia. Padahal umah dekat ja tapi disebabkan aku bz. Rasa sangat menyesal tapi apa boleh buat.

Dalam kul 6 camtu mak aku balik sambil nangis-nangis. Aku dah tak boleh tahan. Sebelum ni aku takut nak g ziarah orang yang meninggal.Aku pon tak tau nape. Memang seumur hidup aku tak pernah lagi tengok camna orang meninggal. Aku gerak g umah tokwan aku. Masa sampai adik beradik mak aku yang lain dah sampai kecuali makda aku. Dia tinggal kat Melaka. Dia otw balik tapi masa tu tak sure sempat sampai ke tak.Dia tepon nangis-nangis mintak tunggu juga dia sampai tapi adik beradik yang len dah decide nak kebumi selepas zohor.

Masa tengok jenazah air mata aku memang tak boleh berhenti. Nak cium pon tak boleh. Orang kata tak elok air mata tumpah atas jenazah. Aku tunggu tepi jenazah sampai la jenazah nak dimandikan.Masa mandi aku tak boleh tengok jadi aku tunggu kat luar. Masa kapan aku masuk balik. Aku tengok tok wan aku dikapan, pastu aku tabur bunga rampai kat dalam keranda dia. Masa nak cium jenazah, saat yang paling sedih. Baru aku tau perasaan kehilangan tu camna.

Selepas disembahyangkan kat rumah, jenazah dibawa ke masjid untuk sembahyang kali kedua. Dalam hati aku berdoa semoga makda aku dapat sampai tepat pada masa. Kesian kat dia balik dari jauh tapi tak sempat tengok. Selepas sembahyang jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Aku kol makda aku tanya dia kat mana. Lega hati bila dia bagitau dia dah masuk area Perlis. Bayangkan dari Melaka ke Perlis hanya 6 jam. Aku tak tau la laju mana pakda aku bawak.

Kat tanah perkuburan, ustaz suruh segerakan pengebumian tapi aku bagitau kat pakcik aku tolong tunggu makda aku. Ustaz tu setuju tunggu sekejap. Beberapa minit camtu, makda aku sampai. Dia terus keluar kereta meluru ke arah jenazah. Makda aku ada penyakit lelah. Tercungap-cungap dia menangis. Sampai kat jenazah, makda aku terus jatuh. Masa ustaz nak bukak ikatan kapan tu untuk bagi makda aku tengok, meraung dia. Sedih sangat masa tu. Semua yang ada nangis termasuk abah aku. Tak pernah aku tengok abah aku nangis.

Selepas pengebumian aku balik umah. Sakit kepala sangat. Esok tak tau la aku kuat nak g keja ke tak

arwah tok wan.Time ni masa raya
P/S:AL FATIHAH