Pages

Tuesday, June 7, 2011

Al Fatihah

Salam
Sebenarnya aku nak update cerita perkahwinan kak aku.Tapi aku postpone dulu. Aku tak nak terlupa detik hari ni.Detik paling sedih dalam hidup aku.

Semalam sampai dari Grik dalam kul 9 malam lebih. Disebabkan penat, aku terus tido. Dalam kul 1 camtu mak aku kejut suh tengok kan Tobok sebab mak aku nak g kampung tengok tok wan aku. Paksu aku tepon cakap tok wan aku sakit kuat. Dalam hati dah rasa tak sedap hati. Tetiba tobok terjaga pastu cari mak aku sampai nangis teresak-esak. Jenuh aku nak pujuk.

Dalam kul 4 pagi camtu, mak aku kol inform tok wan aku dah meninggal. Masa tu mak aku kat hospital. Doktor sahkah tok wan aku kena serangan jantung ngan paru-paru berair. Sebelum ni tok wan aku memang dah lumpuh dan tak boleh becakap.Terkilan sangat sebab dah lama aku tak pergi jumpa dia. Padahal umah dekat ja tapi disebabkan aku bz. Rasa sangat menyesal tapi apa boleh buat.

Dalam kul 6 camtu mak aku balik sambil nangis-nangis. Aku dah tak boleh tahan. Sebelum ni aku takut nak g ziarah orang yang meninggal.Aku pon tak tau nape. Memang seumur hidup aku tak pernah lagi tengok camna orang meninggal. Aku gerak g umah tokwan aku. Masa sampai adik beradik mak aku yang lain dah sampai kecuali makda aku. Dia tinggal kat Melaka. Dia otw balik tapi masa tu tak sure sempat sampai ke tak.Dia tepon nangis-nangis mintak tunggu juga dia sampai tapi adik beradik yang len dah decide nak kebumi selepas zohor.

Masa tengok jenazah air mata aku memang tak boleh berhenti. Nak cium pon tak boleh. Orang kata tak elok air mata tumpah atas jenazah. Aku tunggu tepi jenazah sampai la jenazah nak dimandikan.Masa mandi aku tak boleh tengok jadi aku tunggu kat luar. Masa kapan aku masuk balik. Aku tengok tok wan aku dikapan, pastu aku tabur bunga rampai kat dalam keranda dia. Masa nak cium jenazah, saat yang paling sedih. Baru aku tau perasaan kehilangan tu camna.

Selepas disembahyangkan kat rumah, jenazah dibawa ke masjid untuk sembahyang kali kedua. Dalam hati aku berdoa semoga makda aku dapat sampai tepat pada masa. Kesian kat dia balik dari jauh tapi tak sempat tengok. Selepas sembahyang jenazah dibawa ke tanah perkuburan. Aku kol makda aku tanya dia kat mana. Lega hati bila dia bagitau dia dah masuk area Perlis. Bayangkan dari Melaka ke Perlis hanya 6 jam. Aku tak tau la laju mana pakda aku bawak.

Kat tanah perkuburan, ustaz suruh segerakan pengebumian tapi aku bagitau kat pakcik aku tolong tunggu makda aku. Ustaz tu setuju tunggu sekejap. Beberapa minit camtu, makda aku sampai. Dia terus keluar kereta meluru ke arah jenazah. Makda aku ada penyakit lelah. Tercungap-cungap dia menangis. Sampai kat jenazah, makda aku terus jatuh. Masa ustaz nak bukak ikatan kapan tu untuk bagi makda aku tengok, meraung dia. Sedih sangat masa tu. Semua yang ada nangis termasuk abah aku. Tak pernah aku tengok abah aku nangis.

Selepas pengebumian aku balik umah. Sakit kepala sangat. Esok tak tau la aku kuat nak g keja ke tak

arwah tok wan.Time ni masa raya
P/S:AL FATIHAH


1 comment:

  1. hey dude...sori,aku xtau pasal tokwan ko...i tot tok wan is 'tok wan' ko kat office...btw, takziah k...smge tabah mhadapi hari2 mdatang n bykkan doa utk die...ade hikmah stp sstu kjdian itu...one of it, ko tau erti kehilangan...same goes with me when ppl tht i love, da xde...and we appreciate much for those yg ade...ok, tabah my dear buddy! love ya! chill ;)

    ReplyDelete