Pages

Saturday, May 28, 2011

Kembali ke alam sekolah

Di suatu petang Sabtu yang damai di mana semua pekerja mula bosan kerana terpaksa bekerja sedangkan orang lain sedang enak diulit mimpi mahupun pergi berdating dan sebagainya, abah tiba-tiba meluahkan yang beliau hendak menerangkan kepada anak-anaknya tentang financial statement yang baru selesai diaudit oleh pengaudit.

Berbekalkan rasa malas yang amat, kami semua bersiap sedia membawak alat tulis dan kalkulator lalu berjalan gaya itik pulang petang ke bilik mesyuarat.Sampai di sana kami semua disajikan dengan hidangan kertas A3 yang terdiri daripada P&L serta B/S sebagai menu utama serta beberapa keping kertas A4 yang mengandung MA sebagai pencuci mulut.

Abah memulakan syarahannya dengan melukis beberapa kotak di white board dan tetiba beliau :

Abah : Anis san, please fill in the blank
Anis: Terkejut kerana disuruh memberi jawapan segera memandang aku. Belasah je la Anis.

Setelah Anis memberi jawapan , abah beralih ke kotak kedua.
(Siapa la mangsa kedua nih)
Masing-masing menundukkan kepala seperti zaman di sekolah dahulu apabila cikgu menyoal. Masing-masing berdoa supaya nama tak dipanggil

Abah: Wawa san please answer. This just like what you've learnt in high school.
(Ingat high school musical ke. Sekolah menengah la abah. Selamat aku lagi kali ni)

Wawa seraya memberi jawapan sambil di back up oleh adik beradik yang lain. Setelah itu abah menerangkan prosedur yang dilakukan oleh seorang auditor untuk mengaudit FS dan menyuruh anak-anaknya meng'imagine' apa yang bakal ditanya oleh auditor kelak . Ini dah dikira sebagai kerja sekolah atau assignment.

Habis syarahannya abah membuka peluang untuk bertanya soalan. Sama seperti zaman sekolah dulu. Memandangkan anaknya tidak berapa faham tentang Deferred Tax, aku pun bertanya. Abah mengambil masa yang agak lama untuk memikirkan contoh yang sesuai. Walaupun dulu aku penah belajar bab ini, tapi sampai sekarang aku masih tidak memahami. Setelah mendapat jawapan yang dirasakan agak sesuai, abah mula menerangkan. Dan akhirnya seperti yang dijangka, ayat keramat abah yang memang sudah lali didengar


PLEASE READ

Aku senyum sambil memandang adik beradik yang lain Menyesal aku tanya. Abah memberi extra assignment untuk aku menganalisis kedudukan kewangan syarikat sama ada ok ke tak.Huh. Yang hari tu punya hal pun aku tak sempat baca lagi ni nak bagi kerja baru.

Sesudah selesai sesi soal jawab, mesyuarat bersurai. Same like when kat UM lu, habis kuliah bergegas keluar untuk kuliah seterusnya atau pon pergi kafe makan koew teow uncle dengan milo ais (Rindunya kenangan tu).

p/s; teringin nak nyanyi lagu sekolah...menaikkan bendera masa assembly, jadi emcee 

Wednesday, May 25, 2011

Sweet sangat

Salam,

Tengok cita Nora Elena hari ni sangat best.Sweet sangat Seth.Ada ke laki camtu dalam dunia realiti ni. Agak annoying ngan adik dia si Maria tu. Kesudahan cita ni mesti happy ending punya. Bagi aku cita ni ngan Trilogi Cinta drama terbest penah aku tengok setakat nih. Dalam Trilogi aku suka watak Badrul. Kalu novel Ombak Rindu jadi drama mesti lagi best.


Monday, May 23, 2011

Kembali Terjalin

Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari

Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian

Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci

P/S: Pasti ada KEBETULAN dalam PERTEMUAN itu

Friday, May 20, 2011

Tunggu

dalam ofis..semasa ketiadaan abah..yg banyak nota tu workstation aku...
during family day at Gua Kelam...Jejaka itu..

Wednesday, May 11, 2011

Cuti Panjang

Minggu depan aku dapat co holiday yang panjang.Dari sabtu minggu ni sampai selasa.Syoknya dah plan macam-macam. Tapi pagi tadi abah dah menghancurkan harapan aku. Pagi tadi dalam meeting dia gtau schedule payment suma. Sebabkan cuti so payment kena siap within this week. Pastu dia pandang aku sambil gelak. Aku dah telan air liur. Abah sambung lagi kalu tak sempat aku kena datang masa cuti. Kejam sungguh. Boleh ja nak prepare awal tapi dah invoices suma aku kena tunggu dari department len camna nak wat cepat-cepat. Sampai kat abah nak tunggu dia sign lagi. Huh!! Esok lusa nampak gaya kena stay sampai kul 9 malam la.

Sunday, May 8, 2011

Aku tak kacau kau pon!!!!!!!

Aku tak penah pon kacau hidup kau tapi kenapa kau terus mengganggu aku? Tak penah pon aku nak halang perjalanan hidup kau, sebaliknya bila aku jumpa kau sedaya upaya aku cuba mengelak. Dengan siapa kau nak berkapel ke, nak kuar dating ke tak pernah pon aku bantah.

Aku mengaku aku pernah cuba mencederakan kau dulu. Tapi tu kisah dulu. Kisah silam antara kita. Benda ni pon terjadi sebab kau yang mulakan dulu. Kenapa baru sekarang kau nak balas dendam? Nak ganggu ketenteraman hidup aku.

Kau tau tak semalam aku tak boleh nak tidur sebab fikirkan kau. Aku takut kau kacau aku sampai aku tidur pon bukak lampu. Cukup la sekali kau dah ganggu tidur aku. Kau tau kan aku kena kerja hari sabtu. Tapi kau tetap buat tak paham. Bahasa apa lagi aku nak cakap ngan kau supaya kau faham dan pergi terus dari hidup aku? Cuba terangkan kat aku.

Yang aku geram, kau jugak ajak member-member kau kacau aku. Padahal aku tak penah pon buat salah kat dorang. Tak patut kau buat camtu. Entri ni aku buat khas untuk kau. Aku harap malam ni dan malam seterusnya kau jangan ganggu aku lagi. Tolong pergi jauh dari hidup aku wahai







!!!!!!!!!!!!!!!!!!LIPAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku menang 100,000 Pound Sterling?!!

Salam,

Tadi aku belek-belek inbox. Pastu ada dapat emel dari stranger ni. Dia cakap aku menang 100,000 Pound Sterling. Wah kaya la aku. Tak yah pakai ucuk dah leh tukar Lancer pasni. Kalu convert dapat la lebih kurang 4++,+++ .Nak exact amount gi check kat BNM punya website rate dia. Rate dia tak silap aku 4 lebih, banyak dari Euro.

Menurut pengirim emel tersebut, aku menang pertandingan apa tah. Camna la boleh menang padahal tak penah pon aku masuk pertandingan tu. Nampak sangat nak menipu. Pengirim emel tu request bank information supaya senang dia nak deposit duit masuk lam akaun. Ingat bodoh sangat ke nak bagi info bank kat orang yang tak dikenali. No. So berhati-hati la. Jangan dedahkan maklumat sulit kat sesapa pon.

Aku nak share sumthing. Let say la korang tengah keluarkan duit kat mesin ATM. Pastu tetiba ada seorang perompak dengan gaya comelnya sua pisau kat korang and suruh keluarkan duit lam akaun time tu. Masa nak kuarkan duit tu kena tekan Pin No kan? Masa tu korang letak pin no tu terbalik. Tak faham?
Camni biar aku ajar. Contohnya pin korang 123456 tapi jangan tekan 123456 tapi tekan 654321 sebab bila tekan camtu automatik pihak bank ke polis ( tak berapa pasti) akan dapat detect ada problem. Tapi aku tak berapa pasti betul tak benda ni. Kalu nak kepastian cuba korang try. Pastu bila polis datang ke, cakap la

'Maaf cik, saya nak try betul tak apa yang kawan saya cakap'

Tapi jangan jual nama aku pulak.Kang tak pasal-pasal aku kena sebab bagi info palsu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Siti dan Nur

Salam readers,

Macam banyak je kan readers, padahal follower pon tak sampai lima tapi aku tau ada silent reader. Sapa? Orang tu la wat tak tau lak. Hari ni aku nak cita. Ada budak baru masuk department purchasing. Tadi head department tu bawak la g introduce kat abah.

Tetiba abah gelak sambil cakap kat aku 'Another Hartini. Hartini 1 and 2' .Nama budak baru tu Siti Hartini bt Abd Rahman. Tapi disebabkan ada dua nama sama dalam ofis tu, so dia kena mengalah la tak bole panggil Tini, kena guna nama Siti. Tempat duduk dia bertentang aku. Pasni kalu orang kol nak cakap confirm akan pass kat salah orang. Selalu tukar nama Yanti ngan Yati.

Purchasing dah dapat orang baru. Account department tak dapat lagi. Abah nak ambik boy tapi yang datang interview semua gurl. Ada sesapa yang berminat?


Thursday, May 5, 2011

Diari 6.30 am to 5pm++

Bunyi alarm hp around 6.30. Bukak mata jap, kunci jam lagi 3 minit pastu sambung tido lagi. Second alarm terus bangun mandi solat suma. Siap-siap around 7.15. Kuar umah, panaskan ucuk sambil dengar Hot fm.Kalu sempat dapat dengar panggilan hangit.Tak pun layan lagu Mat Saleh kat Sinar fm. Agak-agak ucuk dah panas, reverse pastu terus menuju ke ofis. On the way, kalu lagu radio tak best layan lagu dalam pendrive. Suma jiwang.

Sampai tempat parking dalam 7.30. Depend kespeedan bawak ucuk. Kuar angkat viper. Parking tempat panas sampai petang kalu tak angkat leh kembang viper tuh. Jalan pi ofis.Klau nasib baik, dapat tumpang sesapa  yang nek motor atau ada sesapa yang dihantar sampai depan ofis. Dah sampai pondok pengawal, tegur pakcik  guard pastu g punch kad. Sambung jalan lagi sampai ofis. Masuk ofis, bukak kasut dan tukar selipar jepon. Ksut pakai tadi letak kat dalam rak kasut. Tiap orand dapat rak kasut dengan nama memasing. Ada dua division dalam rak kasut tuh. Satu internal and external.

Dah tukar kasut, masuk ofis greet japanese. Kalau time ramai visitor datang, kena tawaf la satu ofis greet depa. Kalu tak just greet Atok, Bangcik, tInoue ngan abah je. Sampai tempat duduk terus on pc. Pastu belek dokumen yang ada atas meja. Belek je bukan nak start kejaq pon. Pi pantry tengok sesapa yang dok breakfast mintak sket. Aku malas sket nak beli breakfast. Dok tumpang makan yang orang ja. Nasib semua pemurah. Dalam 750 bunyi  loceng.

Time to exercise. Gopoh-gopoh kuar pantry pastu tukar kasut and kuar wat exercise diiringi lagu slow motion. Bukan exercise berat pon lebih kurang cam Tai chi jek. Pas habis senaman masuk ofis. Ada briefing. Tengok turn sapa kena cakap in morning briefing. Turn aku lepas dah. Tapi kena rotate balik.

Habis briefing, g balik tempat masing-masing. Keja tak start lagi dok sambung gosip-gosip ngan member. Nampak abah masuk, masing-masing dok berlakon wat keja.Tapi memang betul pon wat keja. Start wat keja, layan panggilan telefon,

Paul : (juga bukan nama sebenar) ; I'm calling from BTMU. Rate today quite good. Want to convert?
AB SDN BHD: I want to check the payment for inv oices bla bla bla

Kadang dok layan pertanyaan abah yang bukan-bukan sampai penat. Dah 1230, bunyi loceng rehat. G kantin makan pastu balik online jap sampai bunyi loceng dah habis rehat dalam kul 1.20. Sambung wat keja dalam kul 2 lebih gi surau semayang jap, pastu rehat sambil gosip. Turun surau pastu sambung wat keja sampai kul 4.50. Klau hari Selasa ngan Khamis ada 5S. Kena kuar kutip sampah kat luar. Tapi kuar pon bukan kutip sampah pon. Dok bersembang ja. Kul 5 bunyi loceng balik. Kalu keja banyak wat OT. Kalu tak cabut balik awal nak tengok cita indon kat tv9 kul 530.

Sunday, May 1, 2011

Why use ur hand on ur cheque when u can print it?

Dear blog,

Dah lama aku tak tengok kau.Bukan bermakna aku tak sayang kau tapi aku ada komitmen len. Hari ni aku nak cita kat kau pasal sat software ni.Aku pon baru je aware pasal benda ni.Mungkin agak ketinggalan zaman.Tapi aku peduli apa. Janji aku tak susahkan hidup sesapa.

Aku baru tau yang ada software untuk print cheque. I mean print the payee name, amount ngan word conversion sekali. Before ni bila aku prepare cheque just use handwriting untuk tulis payee name and date lak guna chop pastu word conversion lak baru guna chequewriter. So banyak keja. Abah suh consider whether nak beli ke tak software tuh. Around 2k sumthing. Yang aku dah survey brand Pro & Easy Cheque printing software. Kalu ada sesapa yang tau software mana yang ok, can share with me.