Pages

Sunday, May 8, 2011

Aku menang 100,000 Pound Sterling?!!

Salam,

Tadi aku belek-belek inbox. Pastu ada dapat emel dari stranger ni. Dia cakap aku menang 100,000 Pound Sterling. Wah kaya la aku. Tak yah pakai ucuk dah leh tukar Lancer pasni. Kalu convert dapat la lebih kurang 4++,+++ .Nak exact amount gi check kat BNM punya website rate dia. Rate dia tak silap aku 4 lebih, banyak dari Euro.

Menurut pengirim emel tersebut, aku menang pertandingan apa tah. Camna la boleh menang padahal tak penah pon aku masuk pertandingan tu. Nampak sangat nak menipu. Pengirim emel tu request bank information supaya senang dia nak deposit duit masuk lam akaun. Ingat bodoh sangat ke nak bagi info bank kat orang yang tak dikenali. No. So berhati-hati la. Jangan dedahkan maklumat sulit kat sesapa pon.

Aku nak share sumthing. Let say la korang tengah keluarkan duit kat mesin ATM. Pastu tetiba ada seorang perompak dengan gaya comelnya sua pisau kat korang and suruh keluarkan duit lam akaun time tu. Masa nak kuarkan duit tu kena tekan Pin No kan? Masa tu korang letak pin no tu terbalik. Tak faham?
Camni biar aku ajar. Contohnya pin korang 123456 tapi jangan tekan 123456 tapi tekan 654321 sebab bila tekan camtu automatik pihak bank ke polis ( tak berapa pasti) akan dapat detect ada problem. Tapi aku tak berapa pasti betul tak benda ni. Kalu nak kepastian cuba korang try. Pastu bila polis datang ke, cakap la

'Maaf cik, saya nak try betul tak apa yang kawan saya cakap'

Tapi jangan jual nama aku pulak.Kang tak pasal-pasal aku kena sebab bagi info palsu. Renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment