Pages

Saturday, May 28, 2011

Kembali ke alam sekolah

Di suatu petang Sabtu yang damai di mana semua pekerja mula bosan kerana terpaksa bekerja sedangkan orang lain sedang enak diulit mimpi mahupun pergi berdating dan sebagainya, abah tiba-tiba meluahkan yang beliau hendak menerangkan kepada anak-anaknya tentang financial statement yang baru selesai diaudit oleh pengaudit.

Berbekalkan rasa malas yang amat, kami semua bersiap sedia membawak alat tulis dan kalkulator lalu berjalan gaya itik pulang petang ke bilik mesyuarat.Sampai di sana kami semua disajikan dengan hidangan kertas A3 yang terdiri daripada P&L serta B/S sebagai menu utama serta beberapa keping kertas A4 yang mengandung MA sebagai pencuci mulut.

Abah memulakan syarahannya dengan melukis beberapa kotak di white board dan tetiba beliau :

Abah : Anis san, please fill in the blank
Anis: Terkejut kerana disuruh memberi jawapan segera memandang aku. Belasah je la Anis.

Setelah Anis memberi jawapan , abah beralih ke kotak kedua.
(Siapa la mangsa kedua nih)
Masing-masing menundukkan kepala seperti zaman di sekolah dahulu apabila cikgu menyoal. Masing-masing berdoa supaya nama tak dipanggil

Abah: Wawa san please answer. This just like what you've learnt in high school.
(Ingat high school musical ke. Sekolah menengah la abah. Selamat aku lagi kali ni)

Wawa seraya memberi jawapan sambil di back up oleh adik beradik yang lain. Setelah itu abah menerangkan prosedur yang dilakukan oleh seorang auditor untuk mengaudit FS dan menyuruh anak-anaknya meng'imagine' apa yang bakal ditanya oleh auditor kelak . Ini dah dikira sebagai kerja sekolah atau assignment.

Habis syarahannya abah membuka peluang untuk bertanya soalan. Sama seperti zaman sekolah dulu. Memandangkan anaknya tidak berapa faham tentang Deferred Tax, aku pun bertanya. Abah mengambil masa yang agak lama untuk memikirkan contoh yang sesuai. Walaupun dulu aku penah belajar bab ini, tapi sampai sekarang aku masih tidak memahami. Setelah mendapat jawapan yang dirasakan agak sesuai, abah mula menerangkan. Dan akhirnya seperti yang dijangka, ayat keramat abah yang memang sudah lali didengar


PLEASE READ

Aku senyum sambil memandang adik beradik yang lain Menyesal aku tanya. Abah memberi extra assignment untuk aku menganalisis kedudukan kewangan syarikat sama ada ok ke tak.Huh. Yang hari tu punya hal pun aku tak sempat baca lagi ni nak bagi kerja baru.

Sesudah selesai sesi soal jawab, mesyuarat bersurai. Same like when kat UM lu, habis kuliah bergegas keluar untuk kuliah seterusnya atau pon pergi kafe makan koew teow uncle dengan milo ais (Rindunya kenangan tu).

p/s; teringin nak nyanyi lagu sekolah...menaikkan bendera masa assembly, jadi emcee 

No comments:

Post a Comment