Pages

Thursday, August 11, 2011

Andai ini takdirnya

Salam,

Aku dah mengisi surat penolakan tawaran kerja seperti yang aku penah stori sebelum ni. Ada sedikit kecewa namun aku pasrah.Pagi tadi aku dapat kol dari company tersebut, meminta aku menghadiri taklimat dan yang paling menggembirakan ialah aku boleh melapor diri selepas hari raya. Jika sebelum ni aku dikehendaki melapor pada 15 Ogos, dah ditunda ke 8 September. Alhamdulillah. Mungkin ini memang rezeki untuk aku.

Surat perletakan jawatan masih belum sempat disediakan. Namun aku puas hati kerana tidak meninggalkan bebanan kerja kepada rakan sekerja. Abah sekarang berada di Jepun dan akan pulang 2 minggu lagi. Ntah macam mana reaksi dia nanti.

Aku harap semoga keputusan ini yang terbaik untuk aku. Mak abah dah memberi restu dan ini menguatkan lagi semangat aku. Insyaallah aku akan cuba sebaik mungkin. Doakan aku berjaya mencapai cita-cita. Mungkin sukar pada permulaannya namun aku pasti ada sinar di kemudian hari. Bak kata pepatah

"Semakin lama rindu dipendam, semakin manis bila dibalas"

p/s: cam tak dak kena mengena pon.anyway credit to oshin for this pepatah

No comments:

Post a Comment