Pages

Tuesday, August 30, 2011

Pusara Di Lebuh Raya

Salam Aidilfitri,

Camna hari raya hari nih? Aku dok saja kat umah. Plan nak g beraya umah tok aku tetiba perut meragam. Tapi sebenarnya aku tak sanggup lagi nak g umah arwah tok wan aku. Nanti banjir lak kat sana. Makcik2 aku ada datang petang tadi. Geram ngan si kembar aleeya ngan Sara tuh.

Masa suma g umah tok aku tadi, aku layan tv sorang-sorang.Bukak Tv3, ada cita 'Pusara Di Lebuh Raya'. Citanya dekat sangat dengan kehidupan kita. Selalunya time raya camni kita banyak dengar kemalangan maut yang melibatkan bas sampai ramai yang terbunuh. Tapi Alhamdulillah taun ni tak macam taun-taun lepas.

Cita ni mengisahkan suami Lisdawati ni seorang pemandu bas. Kehidupan depa ni daif sampaikan si suami sanggup kerja siang malam bawak bas nak cari duit. Pada suatu hari bas tu terjatuh dalam gaung. Si suami dah meninggal sebenarnya tapi dia sendiri tak sedar. Si suami pulang ke rumah. Hanya isteri dia yang dapat nampak roh suami. Sampai la pengakhiran cita ni si isteri juga mati dilanggar depan balai polis di saat si suami hendak menyerah diri kerana menyebabkan kemalangan maut tersebut. Memang sedih.

Tapi cita malam semalam aku tengok lagi sedih. Tajuk dia 'Di Pintu Barzakh' Mengisahkan kehidupan seorang lelaki tapi jiwa dia perempuan. Dia lari dari umah dan buat pembedahan untuk tukar jantina. Tapi dia sering berperang dengan diri dia sendiri. Sampai satu ketika, dia nak ke luar negara untuk kawen dengan lelaki. Tapi tak sempat sebab eksiden. Bakal suami dia cedera tapi dia meninggal. Kesian kat mak bapak dia dilema camna nak uruskan jenazah sama ada sebagai seorang lelaki atau pun perempuan.

Hmm, kesimpulannya bila kita nak buat sesuatu kita kena fikir masak-masak baik buruknya.

No comments:

Post a Comment