Pages

Sunday, August 21, 2011

Hari ni orang CIMB sangat baik

Salam.

Semalam aka Jumaat aku g bank untuk withdraw cash untuk petty cash.Aku g ngan Akihiro Iizuka( GM Finance) or panggilan manja dia Chibi. Masa sampai tu masyaallah ramainya makhluk Allah ni. Penuh bank tu sampai ada yang duduk atas lantai.

Aku pon g ambik nombor giliran. Time tu baru nombor 1114. Nombor aku 1186. Gila la nak tunggu dah tak boleh duduk. Then aku pon bediri la sambil sembang ngan Chibi. Dia tanya nape ramai orang sangat. Aku kata la dorang nak ambik duit pencen ngan nak tukar duit baru untuk raya nanti. Tapi kenapa eh nak raya kena tukar duit baru?

Tunggu punya tunggu, ada satu tempat kosong. Aku suh Chibi dok tapi dia suh aku yang duduk sebab dia kata aku puasa. So bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pon terus la duduk.Lam 15 minit camtu, tetiba Manager CIMB pi kat Chibi tanya nak berurusan apa. Terus Manager tu cakap nape tak go straight kat kaunter. Tak payah amik nombor sebab SRM important customer.

Ceh yang selama ni aku datang bebudak front kaunter pandang pon macam tak nak layan je nape. Manager tu bawak g bilik dia and suh anak buah dia cash out kan cek tu. Sambil-sambil tu sembang ngan dia. Dia kata SRM company pertama yang kira duit manually walaupun dah dikira ngan mesin. Nape? Aku pon tak tau sebab abah yang suh wat camtu. Aku kira je la.Kalu withdraw RM 50K, banyak tu la kena kira.

After dah setel urusan, manager tu siap bagi sampul duit raya lagi. Chibi kata dia ada dapat sampul duit dr Bank of Tokyo. Nanti dia bagi kat aku.Dia bukan nak guna pon sampul tuh. Masa kami nak keluar dari bank tu, nombor giliran baru 1143. Bayangkan bapa lama lagi nak tunggu kalu manager tu tak kuar td.

Balik ofis aku agihkan sampul tu kat ofismate.Banyak sangat. Tapi sampul Chibi bagi aku tak agihkan sebab cantik. Kesimpulannya aku sangat bernasib baik hari Jumaat yang indah ni.

No comments:

Post a Comment