Pages

Sunday, May 20, 2012

Hidup ini terlalu singkat

Salam, 

Tengah pagi sabtu dalam pukul 4 pagi,aku dikejutkan dengan pemergian makcik aku kat Johor. Baru je beberapa hari lepas dapat berita beliau nazak. Malam jumaat aku hantar mak ngan tobok g stesen bus sebab nak balik kampung tengok arwah. Arwah adalah isteri kepada abang abah aku. 

Abah tak dapat balik sebab ada kursus polis bantuan dua bulan kat Langkawi. Jadinya mak aku la wakilkan. Excited la tobok dapat nek bus,dia taktau lagi leh patah pinggang sebelum sampai segamat tuh ( hiperbola tuh ). Ingatkan sempatla mak tengok arwah tapi perancangan Allah sebaiknya. 

Kali terakhir aku jumpa arwah masa beliau datang perlis untuk kenduri kawen kak aku. Masa tu dapat tau beliau ada breast cancer tapi beliau taknak g spital,nak guna cara kampung. Ajal maut di tangan Allah swt.Semoga beliau tenang di sana. Al fatihah untuk arwah. Ps: Dapat berita paman Dan ( adik abah aku) ada kat Icu sebab saluran jantung tersumbat. Sama2 kita doakan beliau cepat sembuh

Monday, April 30, 2012

Seminar Lagi

Salam hari isnin,

Dah lama tak jenguk blog.Nak kata bz tu tak la sangat. Malas kot sebetulnya. Hari rabu hari tu aku turun KL untuk attend seminar kat One World Hotel. Memang terbaik la hotel tu cuma tandas kureng sket sebab takde paip.Ada air automatik dari dalam toilet bowl after finish melepaskan hajat.

Bagi aku yang orang kampung nih memang la rasa inconvenience sebab tak biasa.Overall course ok.makanan la yang sedap pon.Course tak habis lagi tapi terpaksa keluar awal sebab flight kul 7.00 pm.Masa tu dah kul enam dengan jem lagi.

Dekat 640 pm sampai airport and rushing check in.Nasib baik sempat. Esoknya masuk ofis si Aoki suh wat presentation.Dah la bagi sehari ja untuk prepare.Aku buat slide ala kadar je. Takleh upload gambar.next time la aku muatnaik gambar

Saturday, March 31, 2012

sebulan sekali

Salam..

Nmpknya sebulan sekali bru aku update diari aku ni. Dua minggu lepas sibuk ngn audit.bukan aku yang mengaudit tetapi diaudit oleh auditor.penat tiap hari balik kul lapan semata mata nak tunggu auditor balik.

Selalu aku dengar keja auditor memang balik lewat tapi kalu auditor tu kat tempat client,adakah mereka kena ikut office hour client or office hour mereka sendiri?
Sapa leh tolong jawab..

Sunday, February 19, 2012

Daulat Span Kuning

Salam ..

Lama dah tak bersiaran..Malas nak menaip..Saja nak stori..Aku rasa aku dah ada sixth sense la..Hehe..Niat hati nak memain je..menipu kawan aku sorang tuh.tengok-tengok jadik betol2..exactly the same apa yang aku tipu dia tu...mungkin kebetulan je kot... pe pon moral of the stori..kalu nak memain.jangan melibatkan kerja-kerja aku.

Bye..