Pages

Tuesday, May 21, 2013

Manis tak? :$

Merajuk... Bukan merajuk betul-betul, Sekadar nak menguji, Melihat sejauh mana, Si dia memujuk diri.... Call,viber,fb,msg, Semua tak berbalas, Semua tak dilayan Ingatkan nak menyilentkan diri, Dua tiga hari, Mencari ruang untuk diri Pegi ofis sengaja melambatkan diri, Hindari dari jalan dengan si dia, Si dia selalu menunggu tiap pagi Bersama sarapan yang dibeli Masa rehat telefon ofis bebunyi, Angkat-angkat rupanya si dia, Tak dapat nak mengelak lagi, "Sejujurnya ku tak bisa, Hidup tanpa ada kamu , Aku gila" Kata si dia... Even nyanyi sora xsedap, Tetap confident, Tak jadik nak mogok lelama...:-)

Wednesday, February 13, 2013

Aku runsing Ya Allah

Aku runsing Sangat sangat runsing Bantulah aku Ya Allah Berikan jalan keluar yang terbaik Bukan yang aku mahukan Tapi yang Engkau kehendaki Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui Apa yang terbaik untukku.

Monday, November 19, 2012

Kaizen entry award

Salam... Lama tak ke udara...saja wat sibuk padahal tak sesibuk mana.. Hari ni aku nak stori pasal kaizen entry award..senang ja nak wat duit..cuma perlu menyumbangkan sedikit idea tapi berkaitan dengan syarikat la.. Masa belajar MA kat UM dulu,penah gak dengaq perkataan kaizen..maksudnya penambahbaikan berterusan atau nama penuhnya "continuosly improved" Actually dah lama dah kaizen ni dilaksanakan di syarikat aku..Cuma baru-baru ni ja baru aku tergerak hati nak join.. Bagi satu idea dah dpt sejumlah wang.Sapa-sapa ada idea menarik dan bernas bolehla share ngan aku..nanti dapat award kita share sama-sama na:-) P/s: berterabur alignment sebab update ngn hp..tunggu bonus kot baru nk repair laptop

Saturday, September 15, 2012

Salam hari sabtu.

Indahnya rasa bila dapat bercuti lama. Lima hari cuti sempena Hari Malaysia. Tak ada plan nak ke mana-mana juz stay at home and rest. Paling penting dapatkan tidur yang cukup secukupnya.

Hari ni aku nak stori mori pasal anak buah kesayangan aku, Muhammad Zharif Iman atau nama manjanya Ayepman. Nama ni aku yang bubuh pasal dia selalu nangis.Syok pangku dia tidur atas riba walaupun lenguh yang amat. Berat.

Skarang dia dah balik Grik dok sana ngan mama papa dia.Kak aku pon dah nak start mengajar. Rindu kat dia.Selalu balik umah ada dia nak cium-cium pipi. Jom layan gambar Ayepman.

Iman tido

Iman pk apa tuh?

See, riba aku menjadi best port dia

Masa baru lahir

Masa raya



Mak Ngah rindu sangat dekat Iman

Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,

Sedar tak sedar dah sebulan kita berpuasa. Esok umat Islam akan meraikan kedatangan syawal. Tahun ni sama jugak macam tahun lepas. Takde mood nak beraya. Kalu tahun lepas aku kehilangan tok wan, tahun ni plak aku kehilangan nyaie Selasa lepas. Bila dengar takbir raya rasa sayu sangat.

Bila dengar lagu 'MENANTI DI BARZAKH' nyanyian Fareast rasa insaf sangat. Selalu aku terfikir macammana keadaan seseorang tu selepas kematiaannya. Dapatkah dia melihat keluarga yang ditinggalkan, macam-macam lagi la.

Sempena hari raya ni aku nak meyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan yang aku lakukan sama ada sedar atau tidak.Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Jom hayati lagu ni

Ku Merintih, Aku Menangis, 
Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, 

Perjalanan Rohku, 
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda, 
Sebelum Menjejak Ke Dunia,

Menanti Di Barzakh, 
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, 
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya, 

Tanah Yang Basah Berwarna Merah, 
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu, 
Seusai Talkin Penanda Syahdu, 

Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu, 
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian, 
Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan, 
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2 
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2 

Kembali Oh Kembali, 
Kembalilah Kedalam Diri, 
Sendirian Sendiri, 
Sendiri Bertemankan Sepi, 
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku, 
Terbujur Dan Kaku, 
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu, 

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , 
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu, 
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, 
Tiada Siapa Yang Terkecuali, 

Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati, 
Cukup sekali 
Tak sanggup Untuk ku Mengulangi, 

Jantung Berdenyut Kencang, 
Menantikan Malaikat Datang, 
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan, 
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan 

Ku Merintih, Aku Menangis,
 Ku Meratap, Aku Mengharap, 
Ku Meminta Dihidupkan Semula, 
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,


Friday, August 17, 2012

Kepulangan yang dinanti

Salam, 

" Moga Allah swt permudahkan perjalanan ini' doaku dalam hati. Tak penah aku bawak selaju dan tak senonoh macam tu. Sumanya demi abah supaya abah dapat menatap wajah terakhir arwah nya'e ( panggilan nenek sebelah abah) 

Hari selasa lepas selesai berbuka, kami dikejutkan dengan panggilan dari wak razak (pakcik aku) yang nyae dah meninggal.Aku tengok muka abah memang terkejut sangat sampai tak terkata apa. Malam tu jugak aku sekeluarga bertolak pulang. Banyak kali jugak abah berenti di hentian. Ngantuk katanya tapi bila aku dan adik aku meminta untuk bergilir bawak,abah tak benarkan. Aku tau sebenarnya tu hanya alasan sebab abah tak leh fokus dah memikirkan kehilangan di saat hari raya akan menjelma beberapa hari saja lagi. 

Pagi tu dapat panggilan yang jenazah akan dikebumikan dalam pukul sepuluh.Masa tu abah dah pecut laju. Malangya tersilap masuk jalan dan terpaksa mengharungi jalan jem di KL. Dalam hati aku harap sangat supaya sempat sampai. Sampaila satu ketika bila abah dah tak boleh bawak keta lagi sebab ingat dah tak sempat sampai. Aku ambik alih drive.Double line suma aku tak hiraukan sebab aku tak nak apa yg jadi 6 taun lepas kat abah berulang lagi. 

Masa tu arwah yayi ( panggilan atok sebelah abah ) meninggal. Masa balik tu jenazah dah dikebumikan. Dalam banyak-banyak anak arwah seramai lapan orang yang kesemuanya lelaki,abah aku sorang je yang duduk paling jauh. Masa kat Tangkak,dapat panggilan lagi yang jenazah sedang dimandikan. Akhirnya dapat sampai kampung. Time tu jenazah sedang disembahyangkan di surau depan umah. 

Abah terus meluru pegi surau. Lepas jenazah disembahyangkan,kami suma ikut g tanah perkuburan. Kat sana,kain kapan dibuka bagi memberi peluang buat kami menatap wajah arwah buat kali terakhir. Walau hanya jasad kaku yang kami tatap,aku bersyukur sekurangnya abah berpeluang berjumpa arwah. 

Sejuk masa aku cium dahi dan pipi arwah. Sampai sekarang aku masih tak percaya yang nyae dah pergi. Kehilangan secara tiba-tiba..Kali terakhir aku jumpa arwah semasa hayatnya pada majlis perkahwinan kak aku taun lepas. Masa tu nyae tanya bila nak balik kampung sebab dah lama kami tak balik kampung. 

Rancangnya bulan sepuluh taun ni nak balik sana. Tapi apakan daya. Kita hanya mampu merancang tapi Allah swt jua sebaik-baik perancangan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. 
Al fatihah.
 ARWAH NYAE

Taun lepas hilang tokwan,taun ni hilang nyae. Aku dah takdak atok dan nenek. Hilang suasana nak raya.

Sunday, July 15, 2012

Kelahiran dan Pemergian

Salam,

Dah lama niat nak update blog tapi asik malas je. Hari ni kena bangun awal bawak Iman pegi hospital.Sapa Iman nih? Muhammad zharif iman,boyfriend baru aku.Lahir tanggal 4 Julai 2012. Patutnya due 22 July tapi nak kuar awal lak.. Dah kuar kena tahan wad lak sebab kuning.Sampai hari ni dok ada lagi kuning dia.Dah cuba macam2 petua tapi tak jalan. Bila ada anak ni,macam2 nak kena pk.Dari sudut financial la,urut2 la.Susu tepong pon dah mahal.Kalu bawak RM50 tu sehari ja leh habis.( macam anak aku lak si iman ni)

Bercerita pasal pemergian lak,tarikh yang sama dengan kelahiran Iman,aku dapat berita abah sahabat aku kembali ke rahmatullah.Semoga sahabatku dan keluarganya tabah dan redha akan pemergian ini.Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al fatihah
The end...

Sunday, May 20, 2012

Aku tak mintak banyak

Dalam hidup ni,semua orang nak rasa bahagia dan definisi bahagia tu berbeza bagi tiap orang. Ada yang rasa bahagia sebab banyak duit,dapat beli apa yang diidamkan. Ada yang bahagia sebab punyai keluarga yang sentiasa menyokong. Ada yang bahagia sebab dapat pasangan yang boleh terima kekurangan dan kelebihan dan saling melengkapi. 

Bagi aku,definisi bahagia tu cukupla sekadar hidup besederhana,ada keluarga dan kawan2 yang supportive. Dalam erti cinta plak,aku tak tetapkan pasangan aku tu mestilah kaya ke, hensem ke, keja engineer ke. Apa yang aku harap si dia tu mampu buat aku rasa dihargai, terima keluarga aku, terima kekurangan aku seadanya dan ikhlas dan jujur dalam sesebuah perhubungan. 

Kalaulah ditakdirkan si dia ketemu someone yang lebih baik dari aku, yang boleh bahagiakan dia,aku sanggup lepaskan sebab aku percaya pada jodoh. Mungkin dia bukan jodoh aku. Sejujurnya aku dah penat untuk memberi perasaan kasih pada insan bergelar kekasih. Mungkin pengalaman lepas mengajar aku lebih berhati hati sebelum sekeping hati ini diserahkan pada empunya yang selayaknya. 

Mode: Jiwang

Hidup ini terlalu singkat

Salam, 

Tengah pagi sabtu dalam pukul 4 pagi,aku dikejutkan dengan pemergian makcik aku kat Johor. Baru je beberapa hari lepas dapat berita beliau nazak. Malam jumaat aku hantar mak ngan tobok g stesen bus sebab nak balik kampung tengok arwah. Arwah adalah isteri kepada abang abah aku. 

Abah tak dapat balik sebab ada kursus polis bantuan dua bulan kat Langkawi. Jadinya mak aku la wakilkan. Excited la tobok dapat nek bus,dia taktau lagi leh patah pinggang sebelum sampai segamat tuh ( hiperbola tuh ). Ingatkan sempatla mak tengok arwah tapi perancangan Allah sebaiknya. 

Kali terakhir aku jumpa arwah masa beliau datang perlis untuk kenduri kawen kak aku. Masa tu dapat tau beliau ada breast cancer tapi beliau taknak g spital,nak guna cara kampung. Ajal maut di tangan Allah swt.Semoga beliau tenang di sana. Al fatihah untuk arwah. Ps: Dapat berita paman Dan ( adik abah aku) ada kat Icu sebab saluran jantung tersumbat. Sama2 kita doakan beliau cepat sembuh

Monday, April 30, 2012

Seminar Lagi

Salam hari isnin,

Dah lama tak jenguk blog.Nak kata bz tu tak la sangat. Malas kot sebetulnya. Hari rabu hari tu aku turun KL untuk attend seminar kat One World Hotel. Memang terbaik la hotel tu cuma tandas kureng sket sebab takde paip.Ada air automatik dari dalam toilet bowl after finish melepaskan hajat.

Bagi aku yang orang kampung nih memang la rasa inconvenience sebab tak biasa.Overall course ok.makanan la yang sedap pon.Course tak habis lagi tapi terpaksa keluar awal sebab flight kul 7.00 pm.Masa tu dah kul enam dengan jem lagi.

Dekat 640 pm sampai airport and rushing check in.Nasib baik sempat. Esoknya masuk ofis si Aoki suh wat presentation.Dah la bagi sehari ja untuk prepare.Aku buat slide ala kadar je. Takleh upload gambar.next time la aku muatnaik gambar

Saturday, March 31, 2012

sebulan sekali

Salam..

Nmpknya sebulan sekali bru aku update diari aku ni. Dua minggu lepas sibuk ngn audit.bukan aku yang mengaudit tetapi diaudit oleh auditor.penat tiap hari balik kul lapan semata mata nak tunggu auditor balik.

Selalu aku dengar keja auditor memang balik lewat tapi kalu auditor tu kat tempat client,adakah mereka kena ikut office hour client or office hour mereka sendiri?
Sapa leh tolong jawab..

Sunday, February 19, 2012

Daulat Span Kuning

Salam ..

Lama dah tak bersiaran..Malas nak menaip..Saja nak stori..Aku rasa aku dah ada sixth sense la..Hehe..Niat hati nak memain je..menipu kawan aku sorang tuh.tengok-tengok jadik betol2..exactly the same apa yang aku tipu dia tu...mungkin kebetulan je kot... pe pon moral of the stori..kalu nak memain.jangan melibatkan kerja-kerja aku.

Bye..

Thursday, December 15, 2011

Sekelip Mata

Salam,

Semalam komen kat FB:

A: Sayang awak
B: Sayang awak jugak

Hari ni:
A: Ya Allah, tabahkan hati aku mengharungi dugaan ini.

B telah kembali ke rahmatullah kerana eksiden.Langgar lari.Aku tak dapat bayangkan kalu benda ni jadi kat aku. Orang yang kita sayang tak kira la sesapa pon. Baru semalam kita bergurau senda, sms,cakap telefon.Hari ni terpaksa berpisah selamanya. Namun siapa kita nak melawan ketentuan takdir. Redha dan lepaskan dia pergi kerana kita juga akan menyusul nanti.

Al fatihah. Moga A tabah menghadapi dugaan ini.

Monday, December 5, 2011

Hospital

Salam,

820 malam
Aku baru balik dari hopital. Bukan aku yang sakit tapi adik lelaki aku.

Semalam;
Adik aku (Amir) muntah-muntah. Ingatkan gastrik. Mak aku sapu ubat kat dia.Makan pon tak lalu. Hanya terbaring atas tilam.

Pagi tadi;
Masa aku nak g keja pagi tadi, aku tak nampak mak abah aku ngan tobok. Ingatkan dorang g pasar borong

11 pagi;
Aku terima kol dari mak aku cakap amir kena tahan kat wad sebab apendix. Malam ni nak operate. Aku terkejut tak tau apa-apa

440 ptg;
Mak kol lagi ajak aku g hospital lepas balik keja.

540 ptg;
Aku bergegas balik. Biarla penjajah tu nak kata aku balik awal pon.Aku tak peduli. Sampai umah tukar baju terus g hospital. Sampai hospital tengok amir tengah tidur. Doktor suh puasa sebab nak operate, tapi tak operate2 lagi.Sedih gak rasa tapi aku tahan perasaan.Aku selalu gaduh dengan dia sebab dia degil. Betul la kata pepatah 'Air dicincang takkan putus'

Ada pesakit bilik sebelah.Kecik lagi budak tu. Kesian dia.Mak ngan adik dia umur berapa bulan tah meninggal dalam kemalangan kat Padang Besar. Dia ngan ayah dia terselamat. Tapi cedera teruk gak budak tu.Kesian dok menangis sakit. Apa la yang dia tau umur macam tu. Rasa insaf.

Tak suka keadaan ngan bau kat hospital. Boleh tambahkan lagi kesakitan orang yang sakit.
Semoga Amir cepat sembuh. Doakan dia ye.

Sunday, November 13, 2011

Seminar Paksa Rela

Salam...

Lama dah tak menulis..sebabnya laptop ku dah rosak..nak guna laptop orang len kena la tunggu giliran. Rasanya tak terlambat lagi aku nak wish Salam Aidil Adha. Taun ni tak balik kampung ..just g kubur dan balik umah.

Aku cuti raya sampai ari selasa. Ari rabu tu aku kena gi seminar KPMG kat Penang. Tajuk dia "Malaysia Update FRS and IFRS Convergence". Aku nak g ngan keta sendiri..tapi bos tak bagi. Suh pakai keta dia.Siap isi minyak full. Masa aku kena g seminar ni..tengok flyer dia dah terbayang Susela Devi. Aku memang tak suka bab convergence ni. Alang FRS pon tak bape paham, tambah lagi IFRS. Tapi aku terpaksa g jugak. Banyak kali dah aku terlepas dari g seminar..kali ni no excuse.

Overall masa g...yang best makanan dia la..Tiptop..tapi masa seminar tu memang totally rasa cam dok dalam lecture hall Susela. Aku tak berapa paham. Yang attend suma dah banyak experience. Masa makan depa dok bincang sal topik IFRS, aku diam je..dah aku tak tau.Satgi menyampuk menampakkan kejahilan lak.so play safe.Hehe. Tapi benda ni new experience gak la untuk aku. Bak kata Baan, take is as opportunity to learn..orang len yang nak g kena tunggu bapa taun baru co hantar..Dia kata penjajah dah start nak grooming account section..Apa-apa la..Aku harap pasni tak kena g dah.. Cukup la sekali

Last but not least..Insyaallah taun depan dapat la aku gelaran "Mak Ngah"..Cam dah tua lak.Dah 25..Hurm..

Thursday, October 20, 2011

Mine

Jika telah ditakdirkan ia untukku..aku terima..namun jika ia bukan untukku..aku redha dan pasrah..sesungguhnya aku hanya merancang dan Allah swt jualah sebaik-baik perancang.

Amin

Sunday, September 25, 2011

Miscellaneous Posts

Salam...
Lama dah aku tak bukak blog nih..tak dak masa ngan laptop aku rosak sebab Tobok pijak sampai nak terbelah dua..nak beli yang lain memang tinggal harapan la...

Hari tu aku ada sedikit masalah dengan abah. Bukan abah kandung aku tapi abah kat opis sampai aku blah balik terus dan tinggal macam tu ja keja.Huhu. Tak sangka aku leh wat camtu. Selepas beberapa hari, aku ada meeting dengan dia. Berdua ja. Dia cita pengalaman dia semua. Baru aku tau background dia macam mana. Quite impressive.Contract dia kat sini dah nak habis ujung November ni dan dia akan balik Jepun taun depan. Jadi ada portion kerja dia nak hand over kat aku.Aku tak yakin leh wat kerja tu sebab pengalaman aku baru je setahun nak compare dengan kerja dia tu. Plus aku ni pekerja cikai ja. Dia bagi aku satu buku motivasi untuk berjaya. Buku tu dalam BI and dia tunjuk buku yang sama dalam bahasa Jepun. Kira meeting tu cam sesi meluah perasaan gak la.

Hari lahir tobok 20 September ritu. Sama ngan besday bro( pakwe sumie ke kawan..hehe)..Tobok gitau mak dia dah jemput kawan dia suma datang rumah kul 5 ptg and cakap nak jamu kek ngan pizza. Mak wat tak tau ja ingatkan dia main-main. Dalam kul 2 camtu Tobok tanya mak aku nape tak masak lagi nanti kawan dia nak mai. Mak pon kelam kabut la pi Cmart cari barang ngan kek. Bertuah punya budak nak wat party ikut suka ja. Memang betul pon kawan dia mai kul 5 . Kalu mak aku tak caya cakap dia, budak-budak mai takda benda la nak makan.

Last nak cita pasal ACCA. Aku terbuat suggestion kat management pasal ACCA ni. Pastu Baan suh aku cari info U mana yang provide ACCA ni. Aku search googl payah nak dapat info yang aku nak.Tak tau la aku ke yang salah cari atau keyword tak btul. Sesapa tau tak mana U yang offer untuk sambung ACCA nih?

Monday, September 5, 2011

Lemau longleh

Salam,

Hari pertama di ofis selepas bercuti selama seminggu. Hari ni kena datang awal sebab aku nak tukar rate dalam system. Kan dah masuk bulan September. Kena datang awal sebelum orang len mulakan tugas.

Otak lemau lama sangat cuti sampai kena tengok balik nota lama. Pas briefing pagi, ada meeting Dept Finance. Ada major changes in job assignment. Mostly 90% of my jobs assignment have been transfered to someone else. Lega aku. Tapi aku dapat new job asssignment. Aku kena wat kerja yang selama ni Hiroo Aoki dok wat. Tak tau nak start dari mana. Aku tak suka la kerja nak kena pk out of the box ni. Sebab tu aku tak menjebakkan diri dalam audit..Huhu

Dah la.Nak layan Keimanan Cinta.

Sunday, September 4, 2011

Blog aku dalam proses make over

Salam,

Takleh tido pagi nih so aku pon godek-godek la blog aku nih.Nak cat kaler baru. Setelah dibelek-belek, aku decide nak guna kaler koko.Ada certain application aku tak tau camna nak adjust. Cam 'UNDEFINED' bawah tajuk tuh. Aku dah cuba nak hilangkan tapi tak leh. Agak degil dia seperti jerawat aku. Lagi satu takde dah button nak sign out ke, new post ke. Rasa macam dok menulis diary lak. Lawa tak kaler baru nih? Tak lawa? Tak pe aku tak kisah janji mata aku kata lawa. Tak semua hati orang kita leh puaskan kan? Jadi buat apa yang kita rasa betul. Ish pagi-pagi lagi dah nak cari gaduh dengan orang.

Esok sarapan aku teringin nak makan kuih jawa. Sedap tapi mak aku tak wat2 kan lagi. Dah lama aku request kuih ni. Bagi yang tak tau kuih jawa ni camna, cari dalam google. Aku malas nak upload sebab tenet cam siput sedut.


Bapa jam je lagi

Salam tengah pagi,

Aku tak leh tido.Lagi beberapa jam je nak masuk ofis.No more tido petang-petang. Takde dah nak bangun lewat-lewat. Tak boleh dah nak layan cita Korea comel sebelum tengah hari.Prepare mental dan fizikal untuk peak period after this.

Aku terbaca paper pasai seorang jurukamera yang terkorban semasa wat liputan untuk Misi 1Malaysia kat Somalia. Takziah untuk keluarga arwah. Dijangka jenazah tiba esok. Aku ada gak tengok berita kat Tv. Masa Le Tour De Langkawi kot, arwah penah ditugaskan untuk buat liputan melalui udara.Tapi masa tu tempat arwah digantikan dengan orang len dan helikopter yang membawa kawan arwah tu terhempas dan kawan arwah meninggal. Jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah swt. Kita takkan tau sebelum sampai masanya. Al fatihah untuk semua yang telah pergi.