Pages

Tuesday, May 21, 2013

Manis tak? :$

Merajuk... Bukan merajuk betul-betul, Sekadar nak menguji, Melihat sejauh mana, Si dia memujuk diri.... Call,viber,fb,msg, Semua tak berbalas, Semua tak dilayan Ingatkan nak menyilentkan diri, Dua tiga hari, Mencari ruang untuk diri Pegi ofis sengaja melambatkan diri, Hindari dari jalan dengan si dia, Si dia selalu menunggu tiap pagi Bersama sarapan yang dibeli Masa rehat telefon ofis bebunyi, Angkat-angkat rupanya si dia, Tak dapat nak mengelak lagi, "Sejujurnya ku tak bisa, Hidup tanpa ada kamu , Aku gila" Kata si dia... Even nyanyi sora xsedap, Tetap confident, Tak jadik nak mogok lelama...:-)

Wednesday, February 13, 2013

Aku runsing Ya Allah

Aku runsing Sangat sangat runsing Bantulah aku Ya Allah Berikan jalan keluar yang terbaik Bukan yang aku mahukan Tapi yang Engkau kehendaki Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui Apa yang terbaik untukku.

Monday, November 19, 2012

Kaizen entry award

Salam... Lama tak ke udara...saja wat sibuk padahal tak sesibuk mana.. Hari ni aku nak stori pasal kaizen entry award..senang ja nak wat duit..cuma perlu menyumbangkan sedikit idea tapi berkaitan dengan syarikat la.. Masa belajar MA kat UM dulu,penah gak dengaq perkataan kaizen..maksudnya penambahbaikan berterusan atau nama penuhnya "continuosly improved" Actually dah lama dah kaizen ni dilaksanakan di syarikat aku..Cuma baru-baru ni ja baru aku tergerak hati nak join.. Bagi satu idea dah dpt sejumlah wang.Sapa-sapa ada idea menarik dan bernas bolehla share ngan aku..nanti dapat award kita share sama-sama na:-) P/s: berterabur alignment sebab update ngn hp..tunggu bonus kot baru nk repair laptop

Saturday, September 15, 2012

Salam hari sabtu.

Indahnya rasa bila dapat bercuti lama. Lima hari cuti sempena Hari Malaysia. Tak ada plan nak ke mana-mana juz stay at home and rest. Paling penting dapatkan tidur yang cukup secukupnya.

Hari ni aku nak stori mori pasal anak buah kesayangan aku, Muhammad Zharif Iman atau nama manjanya Ayepman. Nama ni aku yang bubuh pasal dia selalu nangis.Syok pangku dia tidur atas riba walaupun lenguh yang amat. Berat.

Skarang dia dah balik Grik dok sana ngan mama papa dia.Kak aku pon dah nak start mengajar. Rindu kat dia.Selalu balik umah ada dia nak cium-cium pipi. Jom layan gambar Ayepman.

Iman tido

Iman pk apa tuh?

See, riba aku menjadi best port dia

Masa baru lahir

Masa raya



Mak Ngah rindu sangat dekat Iman